PERSONALITI HIBURAN
Cuba semua agar terus bertahan
Juara Anugerah 2006, Shahril Wahid, ingin lihat potensi bakat muda digilap dengan pendedahan luar skop TV
Feb 18, 2020 | 05:30 AM
KEMAHIRAN lakonan bagi drama televisyen sahaja tidak mencukupi buat bakat tempatan Shahril Wahid kekal bertahan dalam persada seni Singapura yang pesat berubah.
Lantaran itu, beliau pastikan projek teater dan mengacara juga mengisi jadual seninya saban tahun agar tidak terbiar mendatar dalam meniti kehidupan.