Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Daripada niaga hiburan kepada bisnes 'cookies'

Oct 26, 2020 | 05:30 AM



RINDU terhadap keluarga dan teman di Singapura memenuhi benak penyanyi rok Malaysia era 1980-an, Emma Rockers.



Sejak wabak Covid-19 melanda, Emma, 47 tahun, yang berumah tangga dengan penganjur acara Singapura, Zell Sazalie, 45 tahun, sudah tujuh bulan tidak ke Singapura.



Mereka yang menetap di Johor Bahru dan berulang-alik ke Kuala Lumpur merupakan peneraju syarikat Impact Music & Entertainment yang menjadi agensi perhubungan awam buat media Malaysia dan promoter artis bagi acara di Singapura dan Malaysia.



Justeru, apakah yang dilakukan Emma, yang nama sebenarnya Rahimah Shukor, vokalis kumpulan Revolusi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?



Ketika dihubungi, Emma, ibu seorang anak perempuan, berkata:



"Daripada mulanya penutupan sempadan Johor dan Singapura, kami sudah tujuh bulan tidak dapat menjenguk keluarga suami dan rakan niaga di Singapura.



"Mujurlah, kami tidak terpisah seperti sesetengah teman yang terkandas di Malaysia sedangkan isteri di Singapura atau sebaliknya.



"Kami bersyukur dan buatlah apa sahaja yang kami mampu. Kami tidak merungut dan berdoa agar wabak ini reda kelak agar mudah kami berhimpun beramai-ramai dengan keluarga di Singapura."



Dalam meluangkan lebih banyak masa di rumah, Emma mengusahakan produk 'cookies' sendiri yang dipanggil Luthpink Cookies dari Dapo Emma Rockers.



"Apabila semua acara hiburan tertunda 100 peratus dan bisnes muzik Impact Music & Entertainment merosot hampir 50 peratus, saya perlu fikirkan sesuatu bagi menampung kehidupan keluarga dan mengisi masa.



"Idea memulakan perniagaan 'cookies' ini tercetus sewaktu dua bulan pertama terkurung di rumah.



"Anak saya, Syariifah Luthfiyyah, suka makan 'cookies'. Saya selalu tempah 'cookies' dalam talian untuknya.



"Sampai satu masa, Luthfiyyah beritahu saya, 'Mama, lagi baik buat 'cookies' sendiri. Senang nak buat dan kita tak perlu beli lagi. Lagipun, Luthfiyyah boleh bawa ke sekolah dan makan dengan kawan-kawan'.



"Ideanya itu membuatkan saya terfikir tentang memulakan perniagaan sendiri. Tak sangka pula, 'cookies' ini diminati ramai kawan, saudara-mara, klien dan rakan artis.



"Mereka sukakan kerencaman perisa 'cookies' daripada choc chip durian, choc chip tembikai, choc chip epal dan choc chip asli.



"Luthfiyyah pun rajin bantu saya buat promosi kepada teman-teman di sekolah muzik orkestranya serta guru-guru.



"Oleh sebab itu, saya abadikan nama anak saya dalam jenama 'cookies', Luthpink Cookies," kata Emma lagi.



Menurutnya, perniagaan 'cookies' ini amat menggalakkan sehingga ada pihak memintanya menyiapkannya bagi acara awam.



Bisnes lauk-pauk di bawah Dapo Emma Rockers turut dikendalikan.



"Alhamdulillah, saya masih menerima royalti daripada kerja seni saya. Dapatlah saya gunakan sebagai modal perniagaan 'cookies' yang dikendalikan dengan bantuan tiga petugas," ujarnya.



Beliau akur apabila beralih cabang perniagaan daripada muzik ataupun hiburan kepada makanan, banyak perkara baru perlu dipelajari.



"Ada beberapa acara dan program seni di Singapura serta penerbitan album di bawah Impact Music & Entertainment yang terjejas kerana Covid-19.



"Antaranya termasuk Pesta Muslim Singapura 2020, Anugerah Ibu Teladan anjuran Jamiyah Singapura, Konsert Ulang Tahun ke-20 Wali Band, pameran dan ekspo Ramadan bersama syarikat Cili Padi Auto Pte Ltd.



"Promosi artis Malaysia dan Indonesia seperti Siti Badriah, ST12, Wali Band, Mizz Nina dan Azmi Caliph Buskers pun tertunda atau dibatalkan. Justeru, saya perlu tangkas fikirkan perniagaan lain. Alhamdulillah, Allah buka pintu rezeki meniaga 'cookies' pula," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >