Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Demam Covid-19' landa bintang K-pop

Jan 29, 2022 | 09:43 AM



SEOUL: Lagi anggota kumpulan K-pop dijangkiti Covid-19.



Terkini, anggota kumpulan iKon, Winner, WEi, The Boyz dan Treasure dilaporkan positif Covid-19 bagi varian Omicron sedang Korea Selatan bergelut dengan jumlah jangkitan tertinggi sejak pandemik tersebut melanda.



Separuh daripada anggota kumpulan iKon - termasuk ketuanya, Jinhwan, dan anggota lain Junhyeong dan Donghyuk - dilaporkan mengalami simptom dan setelah melakukan ujian, mendapati diri mereka dijangkiti Covid-19 awal minggu lalu.



Anggota keempat, Ju-ne, pula diuji positif pada Rabu lalu.



Jangkitan yang melanda iKon itu berlaku selepas Eunhyk, dari kumpulan Super Junior, diuji positif minggu lalu selepas selesai penggambaran bagi rancangan hiburan, Running Man.



Jangkitan tersebut memaksa penggambaran dihenti bagi semua pelakon dan kru penggambaran menjalani ujian.



Awal sebelum itu pula, kumpulan seramai 11 anggota, The Boyz, pula terjejas dengan jangkitan Covid-19.



Anggotanya Eric yang pertama diuji positif, sebelum seorang lagi Younghoon turut dijangkiti dua hari kemudian.



Tidak lama kemudian anggota ketiga, Hyunjae, pula menjadi mangsa koronavirus varian Omicron itu.



Menyusuli kes-kes tersebut, giliran anggota Winner, pula menjadi mangsa Omicron, dengan Seunghoon diuji positif.



Pada masa yang sama, tiga anggota kumpulan K-pop lelaki, WEi - Kim Dong-han, Yoo Yong-ha dan Kang Seok-hwa - pula jatuh sakit, dan disahkan dijangkiti Covid-19.



Mujur lagi separuh daripada kumpulan enam anggota itu tidak terjejas. Mereka bagaimanapun telah dijangkiti virus tersebut pada 2021.



Rabu lalu, kumpulan Treasure seramai 12 anggota, mengumumkan salah seorang anggota mereka Yoshi, telah diuji positif. Selang beberapa jam kemudian, Hyolyn dari kumpulan wanita K-pop yang telah dibubar, Sistar, menjadi bintang K-pop wanita pertama minggu ini yang dijangkiti.



Agensi pengurusan bagi iKon, Treasure dan Winner, YG Entertainment, berkata dalam satu kenyataan bahawa ia telah mengambil langkah pencegahan yang melebihi garis pandu pihak berkuasa dan ujian yang dijalankan ke atas artis-artis di bawah nauangan mereka dilakukan secara kerap.



Selain artis, turut menjalani ujian kerap ialah kakitangan syarikat pengurusan itu, katanya.



Kenaikan mendadak artis-artis K-pop yang dijangkiti Covid-19 minggu ini menyusuli keadaan serupa pada lewat tahun lalu.



Ketika itu, antara lain, Suga, RM dan Jin daripada kumpulan BTS diuji positif pada Disember 2021 dan Lisa, daripada kumpulan Blackpink pula pada lewat 2021.



Artis-artis tersebut telah menerima vaksin dan mereka juga pulih sepenuhnya.



Kes-kes Covid-19 yang memuncak dalam kalangan artis K-pop telah menimbulkan keprihatinan pihak berkuasa dan juga peminat hiburan di Korea, yang mahu kepastian bahawa industri itu tidak mengambil ringan langkah-langkah pengurusan selamat yang dikenakan pemerintah.



Untuk menangani keprihatinan itu, agensi-agensi pengurusan artis di Korea masing-masing telah mengeluarkan kenyataan bagi menyenaraikan langkah-langkah yang mereka ambil bagi memastikan penularan jangkitan dapat dielakkan selain mengesan sebarang jangkitan dengan segera.



Ini termasuk menubuhkan 'gelembung selamat' bagi artis-artis mereka, yang diarahkan untuk mematuhinya sepenuhnya, dan juga ujian kerap yang dilakukan ke atas semua artis, kakitangan dan mereka yang berinteraksi dengan artis dan kakitangan berkenaan.



Langkah-langkah ini menurut mereka melebihi apa yang diwajibkan oleh pihak berkuasa. - Reuters.



DUNIA K-POP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >