Topik diikuti
Pergi ke BHkuDidik, galak OKU agar berdikari
Didik, galak OKU agar berdikari
Singapura semakin menggalak sikap inklusif bagi semua golongan - termasuk menawarkan pelbagai khidmat dan kemudahan awam yang mesra pengguna kurang upaya. Namun, adakah golongan kurang upaya patut bergantung terus pada khidmat dan bantuan ramai sahaja? Apakah yang boleh mereka lakukan agar lebih berdikari? FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) melaporkan.
MASIH ramai orang kurang upaya (OKU) Melayu/Islam yang mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada orang terdekat bagi menjalankan kegiatan harian mereka dan ini mungkin menimbulkan masalah jangka panjang bagi golongan tersebut, kata Presiden Kumpulan Orang Cacat Muslim Singapura (KCMS), Cik Mazidah Din.