Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Doa Fauziah Nawi ingin kereta makbul bila dinobat Tokoh Seri Angkasa 2022

Nov 01, 2022 | 11:29 PM



PUTRAJAYA: Seniwati Fauziah Nawi, 63 tahun, teruja dan bersyukur apabila hasratnya ingin memiliki kereta dimakbulkan Allah selepas dinobatkan Tokoh Seri Angkasa 2022 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022), di sini pada Ahad malam (30 Oktober).



Fauziah berkata, ia umpama kejutan amat bermakna baginya yang kini sudah tidak mempunyai kenderaan sendiri dan untuk membeli pula, dia tidak mampu. Ditambah lagi, faktor usia yang tidak sesuai membuat pinjaman kewangan, lapor laman Harian Metro.



"Syukur Alhamdulillah, selain kejayaan menerima trofi ini, nampaknya Allah juga sudah memakbulkan doa saya yang ingin memiliki sebuah kereta. Sekarang, saya memang tiada kereta.



"Saya nak membeli kereta baharu, rasanya tidak mampu. Apa lagi, pada usia saya sekarang pastinya sudah tidak boleh membuat pinjaman kewangan dengan pihak bank. Jadi, kini saya amat bersyukur dengan rezeki ini," katanya kepada Harian Metro.



Pada acara gilang-gemilang itu, Fauziah menerima hadiah sebuah kereta Mitsubishi Xpander yang bernilai RM100,000 ($29,788), serta trofi dan wang tunai RM10,000. 



Mengulas pembabitannya dalam industri hiburan, Fauziah berkata sehingga kini, sudah 50 tahun dia menyumbang keringat dalam karier seni dan segala peluang itu diperolehnya bermula dari Radio Televisyen Malaysia (RTM).



"RTM banyak memberi peluang kepada saya dalam mempertaruhkan bakat untuk karier seni ini. Saya amat berterima kasih dengan RTM. Malah, harapan saya agar kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada penggiat seni lain.



"Teruskan usaha menjadi penggiat seni yang berjaya dengan bakat yang dianugerahkan Allah. Buatlah terbaik dalam kerjaya yang diminati ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan komited," katanya. 



Terdahulu, trofi Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa kepada Fauziah.



Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek. - HARIAN METRO



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >