Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dulu bakat 'Rentak Cilik', kini Izzathy artis 'Gemilang'

Dec 25, 2021 | 05:30 AM



LEBIH sedekad lalu, bakat tempatan Izzathy Halil bekerjasama dengan ikon hiburan kreatif, Najip Ali, ketika menggalas amanah sebagai artis cilik dalam rancangan Rentak Cilik.



Setelah sekian lama rindu untuk mencedok ilmu seni persembahan dan pengalaman daripada Najip, beliau bersyukur dapat ikut serta sebagai antara barisan artis konsert Tahun Baru 2022 Esplanade, Gemilang pada 1 Januari ini.



Konsert sejam setengah di Dewan Konsert Esplanade itu diadakan sebagai sebahagian program PopLore yang meraikan ulang tahun ke-20 Esplanade.



Rasa gembira dan teruja Izzathy, 24 tahun, itu dilahirkan dalam satu wawancara Zoom bersama Berita Harian, baru-baru ini.



"Saya sebenarnya gementar. Tapi lebih daripada itu, saya teruja dapat bekerja dengan Uncle Jip (panggilan buat Najip Ali) lagi.



"Dahulu, ketika saya bekerja dengan beliau, saya masih kecil, sekitar lapan tahun, dan terlibat dalam program Rentak Cilik.



"Kini selepas tamat pengajian ijazah teater muzikal di Maktab Seni Lasalle dan membina kerjaya sebagai penari di Music & Drama Company (MDC), Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), dapat pula peluang menyanyi di Dewan Konsert Esplanade.



"Ia memang pengalaman yang saya nanti-nantikan, yang pastinya berbeza dan menarik. Bagi saya, Uncle Jip macam ahli silap mata... beliau memang pakar mewujudkan sesuatu unsur magis dalam konsert seperti Gemilang. Saya yakin dengan kebolehannya.



"Bertuah rasanya dapat sertai barisan artis Melayu Singapura yang lain dalam konsert Gemilang ini," jelasnya.



Izzathy akan menyanyikan lagu duet Ahmad Jais dan Kartina Dahari, Budi Setahun Segunung Intan, bersama Hyrul Anuar, serta Tiru Macam Saya bersama Huda Ramdzan.



Beliau juga akan mendendangkan lagu Joget Gila Bayang, lagu asal Anita Sarawak.



Ditanya mengenai pengalaman menyanyikan lagu nostalgia malar segar, beliau berkata ia bukan sesuatu yang menimbulkan kejanggalan.



"Saya adalah budak yang dewasa mendengar lagu lama dalam kereta sebab ibu bapa saya berusia 60-an tahun.



"Boleh dikatakan setiap waktu kami dengar stesen Warna 942. Cuma kadangkala tak tahu judul lagu. Semasa berkongsi kerisauan dengan emak saya mengenai lagu yang bakal saya bawakan dalam konsert Gemilang, emak saya banyak membantu.



"Apabila beliau lungsuri laman mencari lagu berkenaan, oh, rupanya lagu yang pernah saya dengar tapi tak tahu judulnya," katanya lagi.



Katanya, dirinya adalah Generasi Z berjiwa lama yang kadangkala keliru di era mana beliau berada.



"Nak kata saya macam budak-budak sekarang, tak juga. Nak kata saya macam golongan milenial lebih matang, saya masih muda. Jadi keadaannya 50-50.



"Ibu bapa saya selalu berpesan agar saya menghadam kandungan sesebuah lagu dan pelajari lenggok gaya penyanyi mendendangkan lagu itu, misalnya Francissca Peter," tambahnya.



Di MDC, beliau lebih banyak menari daripada berlakon atau menyanyi.



"Pendedahan pada kemahiran teater di Lasalle yang banyak membantu saya membuat persembahan," katanya, yang berharap 2022 akan menjadi tahun lebih baik buat anak seni terus berkarya tanpa banyak sekatan pandemik.



Mengenai percubaan pertamanya mengeluarkan 'single' bersama Hyrul, Dua Dalam Satu, baru-baru ini, beliau tidak menjangkakan sambutan luar biasa dengan 30,000 pendengar mendengarnya di Spotify dalam tempoh sebulan.



"Video muziknya juga telah ditonton lebih 10,000 kali dalam masa lebih sebulan dimuatnaik di YouTube. Ingatkan orang dah tak tengok sangat video muzik.



"Alhamdulillah, ia memberi saya semangat teruskan misi berkarya," jelasnya.




"Ia memang pengalaman yang saya nanti-nantikan, yang pastinya berbeza dan menarik. Bagi saya, Uncle Jip macam ahli silap mata... beliau memang pakar mewujudkan sesuatu unsur magis dalam konsert seperti Gemilang. Saya yakin dengan kebolehannya.

Bertuah rasanya dapat sertai barisan artis Melayu Singapura yang lain dalam konsert Gemilang ini."

- Izzathy Halil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >