Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Elyana enggan pura-pura bahagia dan kuat semangat

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



PENYANYI dan pelakon popular, Elyana, mengakui penat hidup berpura-pura kuat seperti yang sering dilihat umum selama ini.



Dilaporkan laman Kosmo! Online Elyana berkata beliau juga bukanlah seorang insan yang sesuai dijadikan contoh oleh masyarakat terutama dalam berdepan ujian menghadapi penyakit barah seperti yang didiagnosis sebelum ini.



Beberapa bulan lalu, beliau disahkan bebas barah.



"Selama ini orang anggap saya kuat, tapi sebenarnya tidak. Selama ini saya hanya berlakon menjadi kuat meskipun berpijak di bumi nyata, saya tidak kuat pun.



"Kepakaran saya ialah berlakon, jadi saya tunjuk kuat dan bahagia, namun sejujurnya saya tidak kuat dan bahagia.



"Siapa yang menjadikan saya sebagai contoh atau anggap saya ini seorang yang positif, mungkin sudah boleh lupakan sahaja semua itu.



"Saya sudah penat berpura-pura dan tidak tahu hendak lakukan apa lagi," luahnya menerusi siaran 'live' (langsung) dalam Instagramnya, baru-baru ini.



Pada perkongsian sama, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33 tahun, turut meluahkan rasa kesal apabila gagal mendapat sokongan daripada individu terdekat.



Sungguhpun begitu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Diriku Tapak Sulaiman itu tidak mendedahkan siapa individu yang dimaksudkannya.



"Saya sudah tidak boleh hidup lagi macam ini. Sama ada saya lari jauh-jauh dan tidak timbul atau telan sahaja semua sengsara. Tiada orang cuba faham, tetapi orang mempunyai rasa ingin tahu.



"Saya faham perasaan ingin tahu itu lebih kuat daripada ingin memahami. Saya cuba hendak bahagia, tetapi orang negatif masuk campur, saya penat sebab cuba jadi kuat dan sembuh, jadi positif.



"Tetapi orang sekeliling ini cuba menjatuhkan saya. Tipu kalau saya tidak cari jalan keluar, saya juga sudah berjumpa dengan pakar psikiatri, tetapi tetap tidak jumpa jalan keluar.



"Saya sudah tiada keinginan lain lagi, walaupun pergi ke tempat yang menarik, tetapi jiwa tetap rasa tidak bahagia," katanya lagi.



Sementara itu, pada sesi 'live' berbeza, Elyana merancang mahu keluar bercuti, namun belum membuat keputusan sama ada ingin memilih destinasi di dalam ataupun luar negara.



Elyana ingin mencari ketenangan diri dan merancang untuk bertolak secepat mungkin.



"Saya perlu juga pergi malam ini untuk mencari semula siapa diri saya, saya ingin mencari ketenangan saya balik," katanya.



Tidak lama kemudian, kelihatan gambarnya dan suami, Khairul Anuar Husin, belayar ke destinasi impian yang tidak diketahui tempatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >