Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Emak dan Rahsia Kelaparan

Nov 13, 2022 | 05:46 AM

BERIBU kelkatu melepaskan sepasang sayap masing-masing saat lampu seketika terpadam. Malam jadi sunyi, hujan beberapa waktu yang lalu telah reda. Tinggal hening terbang ke langit gelap seperti berjuta gagak meninggalkan suara-suara kelaparan yang melelapkan orang-orang miskin dalam mimpi yang compang-camping. Langit semakin dalam dan orang-orang lapar yang tubuhnya mengalirkan keringat dingin semakin jauh masuk tidur yang terpaksa kerana tiada kuasa menahan perih perut. Dan jelas, kelaparan bukan sepasang mata yang waspada. Kelaparan itu rabun. Tidak dapat melihat, malangnya dalam tidur pun orang-orang tidak mampu terlepas daripada siksaan. Tetapi itu pula suatu rahsia, (walaupun kepada yang tua juga) kelaparan adalah guru yang tidak akan dapat ditemui oleh orang-orang yang sentiasa kekenyangan.

Bulan tidak ada. Hanya bias cahaya daripada gemawan yang entah menyimpan apa. Mungkin semacam ceracau musim yang sesekali memberi khabar tentang orang-orang yang pengsan di ladang gandum kerana perut kosong atau para saudagar yang besar perutnya dan suka mengumpat orang-orang miskin. Di situ, aku tidak tahu mengapa selalu menemukan suara, seperti gema pesta, daripada orang-orang lapar di luar mimpi mereka. Bagaimana mungkin ada kegembiraan yang sedemikian? Aku berfikir keras. Sangat keras. Kelaparan bagiku merupakan satu malapetaka yang paling nyata, malah seteruku yang paling ampuh. Apabila lapar, aku ingin sekali mengatakannya kepada sesiapa yang punya makanan lebih, atau sesiapa yang sudi membahagi wang sedikit untuk membeli sepotong roti. Aku kekadang ingin tidur dengan perut yang kenyang. Mimpi-mimpi dalam tidur yang lapar amat menakutkan. Tetapi Emak dan Bapak sering mengingatkanku agar jangan sekali pun membuka rahsia tentang kelaparan. Rahsia? Ini pula menjadi gasing di dalam kepalaku. Bagaimana ada rahsia dalam kelaparan? Aku mengerti apabila Emak dan Bapak berkata bahawa tidak semua yang sesungguh-sungguhnya memiliki simpati, kerana memang begitulah adanya manusia. Tentu di antara yang tidak selalu itu, ada yang boleh bersimpati kepada orang-orang lapar. Tetapi apabila kedua-duanya berkata tidak semua yang bertuah menikmati erti kelaparan sebenarnya, bagaimana itu boleh berlaku?

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >