BUSANA memainkan peranan penting dalam persembahan pentas kerana ia turut menceritakan apa yang tersemat dalam lirik yang disampaikan si penyanyi.
Apabila konsert minggu keempat Gegar Vaganza 9 (GV9) bertemakan lagu kerohanian atau 'Aman Di Mata, Damai Di Hati', turut menjadi pemerhatian adalah kostum peserta - apakah ia menyejukkan pandangan mata juga?