Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fesyen fantasi wira 'anime', puteri Disney di Gegar Vaganza

Walaupun tiada penonton yang menyaksikan siaran langsung Gegar Vaganza 7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kelmarin, pentas peraduan realiti itu kekal meriah bak satu perarakan fesyen. Siapakah 'fashionista' (paling bergaya) di mata pereka fesyen dan penata gaya Singapura? Apakah pula tugas tergempar seorang pereka fesyen di sini saban minggu demi Gegar Vaganza 7? BERITA HARIAN melaporkan.
Oct 20, 2020 | 05:30 AM



BAGAIKAN wujud wira anime Jepun di tengah-tengah pentas Gegar Vaganza 7 (GV7) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya kelmarin.



Kemudian ada pula puteri animasi Disney yang memukau perhatian penonton dengan wajah cantiknya, suara merdunya dan busana yang indah dipandang mata.



Inilah yang berdetik di hati pereka fesyen Singapura, Encik Sufian Hussein, 30 tahun, yang lebih mesra dengan panggilan Feayn, tatkala menonton konsert kedua GV7 di kaca televisyen Astro Ria.



Feayn dan penata gaya Encik Wan Huzarman Wan Azlan Shah, 36 tahun, diminta mengulas cita rasa fesyen GV7 yang kini menjadi tumpuan pencinta hiburan Singapura.



Di sebalik PICC yang lengang tanpa penonton kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan selama dua minggu di Putrajaya, bahang peraduan tetap terasa dengan suasana bak perarakan fesyen yang diwujudkan di pentas GV7.



Kata Feayn:



"Fesyen adalah seni yang kerap kali dipengaruhi sejarah, politik, lukisan atau dekad tertentu. Jenama pula meliputi inspirasi mewujudkan fesyen dengan estetika dan matlamat khusus.



"Saya dapat lihat warna digunakan dalam persembahan GV7 dengan begitu ketara.



"Kuning melambangkan keceriaan dan positiviti. Merah pula simbol kuasa, keberanian dan keyakinan. Semua mata memandang pada peserta yang menggunakan busana merah.



"Biru pula melambangkan keyakinan, ketenangan dan boleh dipertanggungjawabkan dengan sesuatu amanah."



Walaupun pemilihan fesyen peserta GV7 dianggap Feayn cukup selamat dan dikhuatiri membosankan bagi beberapa peserta, berikut adalah pilihannya bagi tiga 'fashionista' minggu kedua GV7.



Nomad bagai wira 'anime'



"Saya sukakan gaya Nomad yang memanfaatkan tata rias ala Jepun. Sentuhan moden diberi pada busana era komposer klasikal Mozart dari Kit Woo.



"Beliau menggunakan seluar labuh dan rambutnya juga tidak diikat ketat. Penampilannya sangat santai sahaja. Syabas kepada penata gaya Johan Kassim," kata Feayn.



Linda Nanuwil puteri Disney



Feayn juga akur ramai yang pastinya terpaku dengan peserta kegemaran ramai, Linda Nanuwil yang jelita dan memiliki vokal bertenaga.



"Busana Jimmy Couture bak puteri Disney ini menyerlah apabila digayakan Linda. Busana 'trendy' dengan lengan beropol memudahkannya bergerak ke sana sini. Linda tampak segar dan mengikut perkembangan zaman," ujar Feayn.



Encik Wan Huzarman juga senangi busana Linda yang dirasakan sesuai kerana memiliki warna lembut, menyejukkan pandangan mata lagi anggun.



"Saya sukakan dandanan Razzi Musa dan stail rambut rapi oleh Cicie. Kena sangat dengan busanannya. Terpesona saya melihat Linda yang jelita dan menyejukkan pandangan mata," katanya.



Muss nampak muda



Sut jahitan kemas dengan 'vest' dalaman yang dipakai 'roker' Muss, ujar Feayn, membuatnya tampak lebih muda daripada usia 52 tahunnya.



"Saya puji penata gaya Muss yang melengkapi imejnya dengan kaca mata hitam bulat. Nampak lebih muda," katanya.



Ashira serba-serbi 'Wow'



Kalau nama lagu yang didendangkan Ashira Aziz kelmarin adalah Sempurna, Encik Wan Huzarman pun dapat merasakan kesempurnaan gaya dan busana penyanyi ini.



"Segalanya 'wow' dari warna busana Jimmy Couture, potongan kemas, rambut dan dandanan oleh Cicie dan Chomel Muhd Redza! Saya sangat suka penampilan Ashira," katanya.



Penampilan Noraniza kemas



Ratu irama etnik, Noraniza Idris juga kemas pada pandangan mata Encik Wan Huzarman.



"Kita sudah biasa melihatnya dengan pakaian tradisional. Penampilannya kelmarin sangat berbeza Bahagian tangan dan lengan busanannya oleh Dokoh Exchange tampak menarik. Cara pemakaian hijabnya juga rapi. Dandanan Jijie Zainal dan Deq Sha serba sederhana tetapi cantik," ulasnya.



Fesyen 'Alamak'!



Siapa pula yang mereka dapati kurang gaya?



Kata Feayn: "Maaflah, busana Haslinda, peserta yang tersingkir nampak bosan macam seragam wira Ultraman..."



"Busana dan 'turban' Ayu Damit yang berwarna kuning membuatkan dirinya nampak lebih matang dari umurnya. Tata rias pun kurang sesuai," tambah Encik Wan Huzarman pula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >