Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gembira, lega bergelar doktor setelah 2 kali permohonan ditolak

Jul 15, 2024 | 8:55 PM
Dr Abdul Rahman Ishak melangkah selanjutnya ke dalam bidang perubatan yang didambakan sejak usia muda lagi.
Dr Abdul Rahman Ishak melangkah selanjutnya ke dalam bidang perubatan yang didambakan sejak usia muda lagi. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Kegembiraan jelas kelihatan pada wajah, Dr Abdul Rahman Ishak, yang baru menamatkan pengajiannya di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS).

Selepas dua kali permohonannya untuk memasuki sekolah itu ditolak, usaha kali ketiga membawa tuah apabila beliau diterima pada 2019.

Berbekalkan ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), Dr Abdul Rahman, 26 tahun, kini sedang menjalani tempoh latihan, atau housemanship, setahun di Hospital Ng Teng Fong.

Mengenai dorongan utamanya dalam mengejar impian menjadi doktor, Dr Abdul Rahman berkata beliau kagum dengan doktor yang merawatnya semasa beliau diserang semput pada usia empat tahun.

“Saya cuma tahu saya sakit dan apabila doktor memberi saya penjelasan yang boleh saya fahami, saya mula tertarik pada apa mereka lakukan.

“Dan apabila datuk dan nenek saya meningkat usia, saya lebih memahami peranan yang boleh dimainkan oleh doktor dalam membuat pesakit lebih selesa dan yakin pada rawatan yang mereka terima,” ujarnya lagi.

“Ini baru tahap permulaan. Jauh lagi perjalanan saya dalam bidang ini,” tambah Dr Abdul Rahman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg