Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GV8: Duet Suki-Khai terbaik dan tinggalkan jauh peserta lain; Aliff kekal di tangga kedua; Upiak kalah tipis dan tersingkir

Dec 27, 2021 | 01:22 AM



KALAU sudah namanya lagu duet, pastinya yang diharapkan adalah langkah seiringan dua penyanyi yang terlibat mendendangkannya.



Pastinya ada misi sama-sama seiring dan sejalan mahupun senada dan seirama dalam mendukung secara bersama lagu yang dilantunkan.



Ia bukan irama lagu 'medley' di mana seorang penyanyi setakat menyambung lagu yang disampaikan rakan duetnya tanpa kesinambungan persis ia dua lagu berbeza dan masing-masing buat hal sendiri, sebagaimana yang ditekankan ketua juri Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS, dalam dua senario persembahan Shidee dan Haqiem Rusli mahupun Azan Scan dan Tajul.



Justeru, pada akhir Konsert Keenam Gegar Vaganza pada Ahad (26 Disember), duet paling padu dan 'wow' (mengikut takrifan juri Hetty Koes Endang) jatuh pada juara One In A Million, Suki Low, 32 tahun, dan Raja Smule, Khai Bahar, 27 tahun.



Dengan mempertaruhkan lagu Fiq Mentor, Tiga Malam Tanpa Bintang, Suki adalah bintang paling bergemerlapan yang berjaya meletakkan kedudukannya buat kali pertama di tangga teratas dengan markah 83.7 peratus. Beliau malahan meninggalkan jauh peserta lain dengan Aliff Aziz di tangga kedua mencapai 76.2 peratus mata dan Adibah Noor di tangga ketiga meraih 71.9 peratus mata.



Menurut juri Datuk Syafinaz Selamat, Khai banyak membantu sebagai rakan duet dari segi keharmonian suara dan keserasian nada suara. Hetty yang memberikan tepuk sorak sanjungan sambil berdiri buat Suki dan Khai pula berkata payah mencari cacat cela malahan tiada pada persembahan Suki dan Khai apabila dinilai dari awal lagu, korus hingga penghujungnya.



Di Twitter pula, mula banyak komen mengenai peningkatan persembahan Suki yang sebelum ini dianggap peserta 'dark horse' dan kurang dibicarakan kebolehan luar biasanya dalam kalangan peminat GV8.



Pengguna Twitter, Hillman menulis: "Saya tentunya bangga dengan Suki Low kerana berada di tangga teratas minggu ini. Persembahan duetnya bersama Khai Bahar adalah yang pastinya terbaik dari segi vokal, harmoni dan keserasian. Tahniah kepada Khai kerana berjaya mencapai nota tinggi 'octave kelima'."



FrangiPanic pula menambah: "Satu perkara yang saya suka tentang Suki Low adalah beliau secara berhati-hati tidak melebih-lebihkan nyanyiannya. Walaupun beliau mengubahsuai sesuatu lagu, suara Suki tidak pernah kedengaran membingitkan."



Mimizzti menjelaskan: "Suki dan Khai Bahar...mereka bukan di GV8 untuk bermain-main. Baru rasa macam tengok peraduan."



Malah, ada yang mengusulkan agar Suki dan Khai merakam single bersama selepas ini kerana keserasian yang terbina hanya dengan satu persembahan pada Konsert Minggu Keenam.



Aliff, 30 tahun, yang berduet dengan Iman Troye, 19 tahun, penyanyi yang meningkat naik namanya, pula meleraikan segala kerisauan sesetengah peminatnya yang bimbang gandingan bersama Iman merosakkan peluangnya mendapat tempat yang baik dalam konsert kali ini.



Beberapa warganet malah memuji persembahan 'live' Iman ketika membawakan lagu Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita, Belenggu Rindu. Ada yang dapat membayangkan adegan filem atau animasi Beauty and the Beast dengan skema warna busana Iman yang kuning serta Aliff yang persis putera raja.



Adibah, 51 tahun, pula menghiburkan ketika bersama Ali Sariah (Masdo), 29 tahun, dengan mereka berdua memberi sentuhan a-go-go pada lagu Datuk M. Nasir, Tanya Sama Itu Hud Hud.



Aweera dan Azmi Caliph Busker pula 'menyengat' dengan lagu Alleycats, Setahun Sudah Berlalu. Markah yang diraih Aweera adalah 68.9 peratus. Shidee meraih markah 64 peratus.



Nikki Palikat yang bergelar juara minggu lalu jatuh ke tangga keenam menerusi paduan suara bersama Syamel. Lagu klasik Gurindam Jiwa memberinya markah 62.5 peratus.



Ani Maiyuni yang bergabung dengan finalis Big Stage 3, Dinie Rashid, menerima 61.8 peratus markah. Azan Scan  pula meraih 61.2 peratus disusuli dengan duo Sa.Ya yang dibantu Ernie Zakri untuk mendapatkan 60.9 peratus mata.



Bandi Amuk yang bergabung dengan Ewal Kristal pula menerima 56.4 peratus markah manakala Upiak Isil yang bergandingan dengan Usop di tangga terendah dan kalah tipis dengan 56.3 peratus. Upiak disingkirkan pada minggu keenam.



"Upiak tidak sedih sebab sudah memberi yang terbaik sampai ke minggu enam," jelasnya ringkas sambil diberi tepukan semangat oleh juri, peserta dan penontong.



Kelentang Kelentung atau lagu rancak pula menjadi tema Konsert Minggu Ketujuh Gegar Vaganza pada Ahad ini (2 Januari 2022).



Suki diberi cabaran menyanyikan lagu rok Mara Bahaya oleh Pop Shuvit. Aliff pula akan menyanyikan lagu Afgan, Pesan Cinta. Adibah dicabar dengan lagu ikonik Hetty, Berdiri Bulu Roma Ku.



Aweera akan mendendangkan lagu Hafiz Suip, Noktah Cinta manakala Shidee akan membawa penonton kembali ke era pop-yeh-yeh dengan lagu asal S. Jibeng, Selamat Tinggal Pujaan.



Satu lagi lagu 'hit' Hetty, Rindu, akan dinyanyikan Nikki. Ani pula diberi lagu asal Nona Asiah yang pernah dibikin 'cover' oleh Uji Rashid dan Dayang Nurfaizah, Jikalau Abang Merindu.



Lagu Pelita menjadi dendangan Azan sementara Sa.Ya diberi lagu Wings, Peronda Jaket Biru. Bandi pula perlu mengalirkan tenaga roknya bagi mendendangkan lagu popular band Barat, Queen, I Want To Break Free.



Siapa yang akan dijulang di tangga teratas? Siapa yang perlu mengucapkan selamat tinggal? Ikuti Konsert Minggu Ketujuh GV8 pada Ahad, mulai 9 malam di saluran Astro Ria (Saluran SingTel TV, 608).



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >