Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GV9: 'Aksi lanun' Tomok pikat hati juri; Hazrul kembali ke senarai 'Top 5'; Tok Ram ingin Fuad bergaul dengan karyawan muzik proaktif

Oct 24, 2022 | 03:15 AM



JIKA minggu lalu beliau ibarat wira perisik James Bond yang cuba memikat si 'Bond Girl' dengan lagu Mawarku, pada konsert minggu keenam pada Ahad (23 Oktober), Tomok adalah lanun persis Jack Sparrow yang menyeramkan.



Penampilannya yang dikatakan juri Hetty Koes Endang sebagai bertaraf dunia dan boleh sampai ke Las Vegas menarik perhatian juri yang sebulat suara memberikannya markah purata tertinggi 84 peratus.



Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail,  38 tahun, menyisipkan dansa ala Raja Pop, Michael Jackson, dalam lagu Backstreet Boys, Everybody.



Di tangga kedua adalah juara minggu lalu, Jaclyn Victor, 43 tahun, yang mendapat markah 82.4 peratus. Hetty memuji Jaclyn kerana dapat menjadikan lagu Judika, Bukan Rayuan Gombal, seperti lagu sendiri.



Shila Amzah, 32 tahun,kekal dalam senarai 'Top 3' peserta GV9 apabila lagu Korea, I Will Show You, dendangan asal Ailee, turut mengagumkan juri. Beliau mendapat 76.6 peratus bagi dendangan lagu yang turut memuatkan bahagian rap berupa ringkasan inti lagu berkenaan dalam bahasa Melayu.



I Will Show You tunjukkan tentang sakit hati seorang wanita yang memberi segalanya dalam percintaan tetapi dicurangi.



Bob Yusof, 42 tahun, yang menyanyikan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kurik Kundi, pula menerima 76.4 peratus di tangga keempat.



Peserta Singapura, Hazrul Nizam, 42 tahun, pula mengubah lagu antik Teresa Teng, The Moon Represents My Heart, menjadi bak lagu muzikal Broadway.



Hazrul menunjukkan bakatnya membuat bunyian trompet dengan suaranya dan mendapat 74.3 peratus di tangga kelima - peningkatan daripada kedudukannya di tangga kelapan bagi persembahan duet pada minggu lalu.



Ditanya di segmen Vazz Vaganza mengenai lagu Cina itu, Hazrul berkata ia pernah dinyanyikan di Singapura.



"Saya tengok di YouTube. Semua menyanyikannya dengan rentak versi asal. Jadi saya buat perubahan pada rentak lagu ini untuk tawarkan kelainan," katanya.



Di tangga keenam adalah VE dengan 73.6 peratus bagi nyanyian lagu ikonik Killing Me Softly With His Song.



Seorang lagi peserta Singapura, Fuad Rahman, 43 tahun, di tangga ketujuh dengan 73.3 peratus. Beliau menyanyikan lagu My Sacrifice, dendangan asal kumpulan rok Amerika, Creed.



Ketua juri, Datuk Ramli MS, menyifatkan Fuad sebagai penyanyi yang kaya dengan kandungan dari segi vokal, keluasan nada suara dan gaya persembahan.



Beliau menyatakan sepatutnya Fuad sudah temui penerbit lagu yang baik lama dahulu dalam kerjaya nyanyiannya kerana beliau dianggap penyanyi yang 'stylo' dan berpotensi.



"Masa depan perniagaan muzik di Singapura tidak terlalu berat (terbatas). Kamu sepatutnya bergaul dengan orang-orang industri yang 'ganas'...barulah kamu jadi lebih besar," kata Ramli.



Hetty pula berkata hanya pada minggu keenam ini, barulah beliau mula menyukai persembahan Fuad. Beliau kemudian meminta Fuad menyanyikan lagu Search, Fantasia Bulan Madu, yang turut diiringi pengacara Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom yang gemar mengusik Fuad.



Fuad turun empat tangga berbanding minggu lalu. Berada di tempat ketiga dalam minggu kelima dengan mempertaruhkan lagu Search dan Wings, Gemuruh, yang didendangkan dengan juara GV6, Naqiu, persembahan Fuad mendapat pujian daripada ramai warganet.



Tom di tangga kelapan dengan 63.5 peratus disusuli dengan Asheed Def Gab C di tangga kesembilan dengan 59.9 peratus.



Tiada penyingkiran dibuat dalam minggu keenam ini. Dina Nadzir yang sepatutnya membuai ramai dengan lagu Glenn Fredly, Januari, tidak dapat hadir kerana pemergian bapanya pada pagi Ahad.



Dalam persembahan pada Ahad, antara yang menjadi perbualan warganet adalah tentang Asheed yang ditegur juri Datuk Syafinaz Selamat kerana sebutannya yang tidak jelas bagi lagu bahasa Inggeris Guns N' Roses, Sweet Child of Mine.



Katanya dalam segmen Vazz Vaganza:



"Saya tidak berkecil hati atas teguran Datuk Syafinaz kerana apabila saya masuk GV9, saya nak belajar."



Bagi persembahan konsert minggu ketujuh pada 30 Oktober, Hazrul akan menyanyikan lagu P. Ramlee dari filem Penarik Beca, Azizah.



Fuad akan mempertaruhkan lagu J. Mizan, Hari Ini dan Semalam.



Nota: Ikuti ulasan GV9 secara mingguan dalam podcast Berita Harian, #NoTapis: Gegaran GV di Spotify.



GV9 juga boleh ditonton setiap Ahad di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) mulai 9 malam.



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 





 



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >