Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GV9: Fuad hargai sokongan peminat S'pura, minta doa buat persembahan 'Gadis Melayu'

Oct 02, 2022 | 06:07 PM



WALAUPUN lagu Gadis Melayu dendangan asal biduan Achmad Albar dari Indonesia dan turut dirakam sebagai lagu 'cover' oleh penyanyi veteran Singapura, Othman Hamzah, bukan daripada genre rok yang menjadi 'makanannya', peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Fuad Rahman akan memberikan yang terbaik.



Ketika dihubungi Berita Harian, Fuad, 43 tahun, seorang lagi wakil Singapura bagi peraduan realiti kesukaan ramai itu (selain Hazrul Nizam dan Adeep Nahar dari VE), berkata:



"Dengan setiap persembahan yang dibuat selama dua minggu kini di GV9, tahap keyakinan saya semakin bertambah.



"Saya semakin terbiasa dengan latihan dan persembahan di GV9. Saya terima tunjuk ajar dan bina konsistensi bersama juri dan rakan artis sepentas.



"Faktor-faktor ini jadikan saya lebih selesa di pentas besar. Saya ambil semua nasihat untuk pertajam kemahiran vokal dan pelajari supaya dapat membuat persembahan yang mantap."



Menurut Fuad, beliau gemarkan juga lagu bukan rok dan tiada masalah menghadamnya. Lagu Gadis Melayu itu tentunya mempunyai elemen persamaan dengan lagu rok walaupun ia tidak lebih puitis.



"Tetap ada 'punch' lagu Gadis Melayu ini dengan petikan gitar dan unsur kemanusiaan lagu ini yang memudahkan nyanyian Fuad.



"Saya hanya mengharapkan kita dapat 'enjoy' konsert minggu ketiga ini. Terima kasih kepada warganet kerana memilih lagu yang tepat buat saya," jelasnya.



Warganet perlu memilih Gadis Melayu atau Angkat Kaki untuk dinyanyikan Fuad.



Menurut Fuad lagi, beliau mendapat bimbingan vokal daripada Noryn Aziz, juara GV5. Beliau mengajar dari segi penguasaan vokal dan pernafasan yang baik.



Datuk Ramli MS selaku ketua juri pula memberi selok belok tentang susunan lagu.



"Ada peserta juga beri petua minum Coke sebelum persembahan untuk keselesaan tekak. Ia nampaknya berhasil," jelas Fuad.



Mengenai sokongan yang diberikan buatnya daripada peminat khususnya di Singapura, Fuad amat terharu, lebih-lebih lagi apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Next Level Digi (Minggu Pertama) berdasarkan undian terbanyak warganet.



"Saya terkejut dan amat bersyukur atas sokongan ramai yang inginkan yang terbaik buat saya. Apa-apa peluang yang ada untuk mereka sokong Fuad, mereka berikan seluruh jiwa raga mereka. Sokongan mereka adalah pembakar semangat untuk saya melakukan yang terbaik," jelasnya.



Pada minggu kedua, Fuad berada di tangga ke-11 dengan markah 57.9 peratus. Beliau menyanyikan lagu band Mega, Suara Cinta.



Moga Fuad akan berikan yang terbaik pada konsert minggu ketiga GV9 pada Ahad (2 Oktober).



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >