Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GV9: Hazrul Nizam mara ke peringkat akhir; perjalanan Fuad Rahman terhenti di separuh akhir

Nov 21, 2022 | 12:18 AM



SEORANG wakil Singapura ke pentas peraduan realiti Astro, Gegar Vaganza 9 (GV9) berjaya ke peringkat akhir manakala yang seorang lagi terkandas di peringkat separuh akhir pada Ahad (20 November).



Hazrul Nizam, 42 tahun, layak ke pusingan akhir pada 27 November ini apabila disenaraikan berada di tempat kelima konsert minggu ke-10 dengan markah 75.8 peratus,



Rakan senegara, Fuad Rahman, 43 tahun, bagaimanapun, tersingkir setelah menduduki tangga terakhir atau kelapan dengan markah 58.3 peratus.



Turut tersingkir adalah Dina Nadzir, 38 tahun, dengan markah 59.2 peratus.



Lima peserta lain yang layak bertarung di gelanggang peringkat akhir GV9 adalah Jaclyn Victor (84.35 peratus); Shila Amzah (79.2 peratus); Bob Yusof (78.7 peratus); Tomok (75.95 peratus) dan kumpulan VE (74.3 peratus).



Pada konsert minggu ke-10 itu, peserta perlu menyanyikan lagu solo dan duet di mana mereka dipasangkan sesama sendiri.



Hazrul yang menyanyikan lagu Govinda, Hal Hebat, mendapat ulasan Datuk Ramli MS selaku ketua juri.



Kata Tok Ram:



"Selama 10 minggu, saya tak pernah dengar kamu nyanyi lagu rancak. Berkenaan persembahan malam ini, nota rendah kamu tidak bagus. So-so. Tak berapa okay hari ini."



Hazrul kemudian dipasangkan dengan VE untuk menyanyikan lagu Syamel, Kau Pun Sama.



Fuad yang mendendangkan lagu Fotograf, Di Alam Fana Cinta, pula diulas juri Hetty Koes Endang.



"Cara nyanyian kamu berbeza. Selalu kamu suara rok. Tapi malam ini kamu nyanyi cara balada. Kamu selalu ingat apa kata saya. Cuma kali ini, ada sumbang pada bahagian 'coda'. 



"Dengar semula selepas ini. Suara harus jaga. Ini peraduan. Tiada alasan," tambah Hetty.



Fuad turut bergandingan dengan Dina dalam lagu Boneka, nyanyian asal Ernie Zakri.



Diminta mengulas penyingkirannya, Fuad menerimanya dengan menyifatkan GV9 sebagai ruang untuknya terus berkarya dan mengembangkan sayapnya di Malaysia.



"Kalau dulu orang di Malaysia mungkin tak kenal saya, kini kalau jumpa di kedai, ada yang nak bergambar, sama macam di Singapura.



"Saya bersyukur dengan peluang yang diberi dan pengalaman di GV9," jelasnya.



Dina pula menganggap beliau sudah kecapi kemenangan ketika jutaan orang menyedekahkan Al-Fateha buat arwah bapanya yang meninggal dunia sewaktu pertandingan realiti itu masih berlangsung.



"Saya dah rasa kemenangan besar itu apabila Nabil meminta orang ramai mendoakan arwah ayah saya.



"Kemudian teman-teman saya, Jaclyn, Shila dan Tom, menyanyikan lagu yang sepatutnya saya dendangkan pada malam di mana paginya ayah saya pergi. Pengorbanan mereka dendangkan lagu Januari itu menyentuh perasaan saya," tambahnya.



Siapakah yang akan membawa pulang RM100,000 ($30,219) Ahad ini?



Nantikan peringkat akhir GV9 yang disiarkan secara langsung daripada Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV), 27 November, mulai 9 malam.



Ulasan mingguan GV9 boleh didengar di podcast Berita Harian, #NoTapis: Gegaran GV!  yang berkumandang di Spotify.



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >