Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:56
Isyak
8:05
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

ABANGSAPAU hargai ibu duduk di rumah

May 12, 2020 | 05:30 AM

DALAM kesibukan artis hip hop ABANGSAPAU menjalankan kerja sekolah dalam talian di samping berbincang dengan penerbitnya di alam maya, beliau juga bersyukur menyambut Ramadan di rumah.

Ini amat berbeza dengan tahun-tahun sudah di mana kakinya menjelajah Bazar Raya dan pusat beli-belah mahupun lebih banyak menempah makanan dari luar.

Nikmatnya adalah apabila Ramadan di rumah lebih mendekatkannya dengan keluarga dan pastinya perutnya terisi dengan masakan lazat yang disiapkan ibunya, Cik Farhana Ibrahim.

ABANGSAPAU, 21 tahun, yang nama sebenarnya Muhammad Shazuan Shiraj Abdullah, adalah antara bakat tempatan yang dilibatkan dalam projek 'single' kemasyarakatan, Stay Home.

Ketika dihubungi, ABANGSAPAU yang juga pelajar Diploma Sains Sosial (Kerja Sosial) di Politeknik Nanyang (NYP), berkata:

"Saya rasa nikmat terbesar Ramadan kali ini adalah menghabiskan masa bersama keluarga.

"Walaupun tidak dapat lagi ke Bazar Raya dan membeli-belah di luar sempena Lebaran atau bersolat tarawih di masjid kerana langkah pemutus litar yang bertujuan mengekang wabak Covid-19, inilah peluang keemasan bagi kami sekeluarga merapatkan ukhuwah tanpa banyak gangguan luar.

"Merasakan makanan ibu yang disiapkan di rumah hampir setiap hari berbanding tempah makanan dan bawa pulang ke rumah juga menggembirakan saya. Perut yang berkeroncong terisi!

"Harapan saya tahun ini, saya dapat menikmati Ramadan dengan keupayaan mengawal diri dan bersyukur dengan perkara-perkara kecil yang sebelum ini tidak saya pedulikan atau terlepas pandang."

Di luar bidang muzik, ABANGSAPAU yang berdarah kacukan Punjabi dan Melayu adalah pelajar cemerlang dan berdedikasi dengan kerja kemasyarakatan.

Beliau yang selalu kelihatan memakai kain sarung dalam persembahannya pernah memenangi Pingat Emas Lee Kuan Yew dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Rotary-ITE sebelum ini.

Ditanya mengenai penglibatannya dalam projek Stay Home, beliau yang bermula sebagai bakat SoundCloud, berkata:

"Saya berbesar hati dan bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada projek bermakna ini bersama ramai artis yang saya hormati dan kagumi.

"Saya banyak relaks dan meluangkan masa di rumah bersama keluarga dalam tempoh pemutus litar ini. Masa saya juga tertumpu pada usaha menghasilkan muzik dan berbincang dalam talian dengan penerbit saya.

"Baru-baru ini pun, saya kembali bersekolah dan belajar dari rumah. Satu perkara yang saya sedari adalah dengan masa tambahan yang ada kini, ia juga adalah tempoh saya berfikir dan melakukan refleksi diri.

"Kadangkala saya terasa dalam kesibukan jadual seharian, saya terlepas pandang kepentingan mencintai diri sendiri. Justeru itu, saya berusaha memanfaatkan masa saya dengan cuba menjadikan usaha menyayangi diri sendiri satu kebiasaan secara fizikal, emosi dan kerohanian."

Apakah pula pengajaran terbesar yang diraih daripada wabak Covid-19?

ABANGSAPAU menambah:

"Pengajaran terbesar yang saya raih daripada episod ini adalah manusia terlalu selesa dengan keadaan sekeliling. Kita banyak mengambil ringan situasi sekeliling sehinggakan terlepas pandang perkara-perkara kecil yang sepatutnya dihargai.

"Kerana kita selalu tak pasal-pasal menyulitkan kehidupan sehingga menyukarkan diri kita sendiri, maka keadaan jadi tak terurus.

"Mudah-mudahan, selepas saga Covid-19 ini, kita akan jadi insan sederhana yang sentiasa bersyukur dapat hidup dan menjelajah bumi indah ciptaan Tuhan."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3