Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Amy tinggalkan Search

Mar 30, 2020 | 08:42 AM



KUALA LUMPUR: Penyanyi utama kumpulan Search, Amy Search, telah mengumumkan semalam (29 Mac) bahawa beliau mengundurkan diri daripada kumpulan itu.



‘Saya gembira dengan keputusan ini... Muktamad dan saya tidak akan berpatah balik. Saya harap mereka boleh merancang sesuatu untuk masa hadapan Search,” katanya.



Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman berkata, keputusan meninggalkan Search sudah lama difikirkan cuma baru dapat ditunaikan.



“Ini bukan keputusan terburu-buru. Sebaliknya, sudah lama saya fikirkan. Bagaimanapun, saya bukanlah berhenti terus daripada menyanyi. Jika ada undangan yang mahukan saya menyanyi, saya akan pergi.



“Saya akan bergerak secara solo, bukannya berkumpulan. Daripada segi lagu, jika ada permintaan peminat yang mahukan saya menyanyikan lagu Search, saya tetap tunaikan,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.



Ini bukan kali pertama Amy mengundurkan diri daripada Search. Penyanyi berasal dari Johor ini pernah meninggalkan kumpulan yang mencetuskan fenomena dengan lagu Fantasia Bukan Madu itu pada 1994 bagi memulakan karier solo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >