Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fazura selamat melahirkan anak perempuan

Oct 02, 2020 | 04:54 PM



KUALA LUMPUR: PELAKON popular yang mencipta nama menerusi filem dan siri drama Gol & Gincu, Nur Fazura Sharifuddin, selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan swasta, di Kuala Lumpur.



Bintang filem Dendam Pontianak ini berkongsi berita yang dinanti-nanti pengikutnya di Instagram sambil memaklumkan beliau dan bayinya berada dalam keadaan sihat.



"Assalamulaikum, syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2020.



"Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga," luahnya yang ditukil Berita Harian Malaysia.



Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu menambah, buat masa ini, mereka belum bersedia mendedahkan wajah serta nama bayi mereka.



"Di sini, kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW... Insya-Allah," katanya.



Melalui lampiran pos itu, Fazura merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah jemu mendoakan kesejahteraan dirinya, suami dan anak mereka.



'Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga," katanya.



April lalu, Fazura mengumumkan dirinya hamil empat bulan selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >