Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Kisah di balik ‘Transformers: Rise of the Beasts’ dikongsi bersama penonton S’pura

May 30, 2023 | 02:07 PM



PANDEMIK menghentikan segalanya. Namun, tayangan perdana filem antarabangsa yang dijangka ‘hit’ kembali ke Kota Singa selepas tiga tahun kembara pelakon Hollywood untuk bertemu media dan peminat secara empat mata di luar Amerika terhenti.

Pada Sabtu, sesi permaidani merah dan tayangan perdana filem ‘prequel’ Transformers: Rise Of The Beasts berlangsung di Marina Bay Sands di mana patung raksasa setinggi 4.5 meter Autobot Mirage ‘mendarat’ di pintu masuk Muzium ArtScience.


Awal sebelum itu, pada Jumaat, Berita Harian berpeluang menemu bual pelakon dan kru francais terkenal itu yang berkongsi pengalaman mereka mengenai filem yang dinanti-nantikan itu.


Anthony Ramos yang membawakan watak Noah Diaz dan Dominique Fishback sebagai Elena Wallace kedua-duanya dibesarkan di New York.

“Saya dan Anthony pernah bertemu sebelum filem ini dirakam dan kami sentiasa berharap untuk melakukan sesuatu yang hebat bersama-sama. Sekarang kami melakukan sesuatu yang nyata dan epik bersama sambil mempamerkan tempat kami dibesarkan dan berasa sangat terharu,” kongsi Fishback, 32 tahun.

Ramos, 31 tahun, yang dibesarkan di Bushwick, New York, terharu kerana beliau dapat memberi penghormatan kepada tempat yang dipanggil kediamannya.

“Dalam penggambaran satu babak dalam kereta, ia dirakam di Jambatan Williamsburg yang merupakan jambatan yang menghubungkan Lower Manhattan dan Brooklyn. Jambatan itulah tempat saya menaiki kereta api hampir setiap hari ke sekolah. Ia adalah pengalaman yang boleh saya anggap legenda kerana saya mampu mengaitkan diri saya dengan lokasi itu dan menunjukkan bagaimana saya juga telah dewasa dan berkembang dalam kerjaya seni saya,” tambah Ramos.







Dalam siri filem aksi ‘live’ itu, watak Elena adalah penyelidik muda untuk muzium sejarah. Majikannya pula sering berebut mengambil kredit atau pujian yang diterima untuk kerja yang Elena lakukan.

“Saya telah menonton Transformers sejak saya kecil dan selalu memberitahu diri saya bahawa saya berharap untuk melakukan sesuatu seperti itu. Namun, saya tidak pernah menyangka ia adalah Transformers,” tambah Fishback.


Pelajar jurusan teater itu sentiasa mempersiapkan diri sebelum setiap penggambaran dengan nota dan idea untuk melakonkan wataknya dengan baik.

Mirage, watak autobot baru dalam Transformers yang dilakonkan oleh Pete Davidson, mempunyai keserasian istimewa dalam filem itu bersama Noah Diaz.


Noah adalah bekas pakar tentera yang tinggal di Brooklyn, New York dan tertangkap dalam perang tiga pihak antara Autobots, Maximal dan Terrorcons di mana dia bekerjasama rapat dengan Autobot Mirage.

“Pete Davidson tidak berada di sana semasa penggambaran dan saya terpaksa melakukan babak dengan reaksi saya bersendirian. Pasukan visual sangat mengagumkan dalam menunjukkan visi yang mereka miliki yang menjadikan detik-detik seperti adegan kami menyentuh genggaman tangan kami atau ‘fist bump’ yang pertama nampak realistik. Babak ini ibarat menghubungkan jiwa watak-watak dalam filem ini,” kata Ramos.


Rapper Amerika, Tobe Nwigwe, 36 tahun, yang melakonkan watak Reek mendapat penghormatan untuk mengetengahkan muziknya sendiri, “On My Soul” . Lagu ini dipersembahkan Tobe dan Nas di samping menampilkan Jacob Banks.


“Pengalamannya hebat benar dapat memasukkan muzik saya ke dalam kerjaya lakonan saya lebih-lebih lagi apabila projek ini melibatkan francais yang semewah ini,” kata Tobe Nwigwe.

Nota: Transformers: Rise Of The Beasts akan ditayangkan di seluruh dunia pada 8 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >