MENGUKIR namanya sebagai bintang popular bukan hanya di Asia bahkan di Amerika Syarikat, Yuna akan kembali dengan album terbarunya tahun ini.

Mengetengahkan lagu-lagu ciptaannya yang lebih bersifatkan sentimental, album Chapters akan dilancarkan pada 20 Mei ini di bawah naungan Verve Records.