Neelofa ubah penampilan, kini berpurdah, Berita Hiburan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hiburan0

Neelofa ubah penampilan, kini berpurdah

Oct 15, 2020 | 05:48 PM

PENGACARA dan pelakon terkenal Malaysia, Neelofa, kini tampil berpurdah atau berniqab.

Mengesahkan demikian dalam satu kenyataan ringkas di Instagram, Neelofa, atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 31 tahun, memohon semua pihak mendoakan perjalanan barunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

"Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi," katanya dalam kenyataan itu.

Selebriti popular itu telah memuat naik satu gambar di Instagram pada Rabu (14 Okt) yang menunjukkan dirinya berpurdah hitam.

Ini membuat ramai netizen tertanya-tanya tentang apakah ia penampilan terbaru Neelofa.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Namun ramai juga yang menyangka niqab yang digunakan hanyalah sebagai menggantikan pelitup muka bagi mengelakkan virus Covid-19.

Neelofa kemudian memuat naik satu lagi gambar dirinya berpurdah petang Khamis, diikuti video menunjukkan ibunya, Datin Noor Kartini, memeluknya apabila melihat dirinya berniqab.

Ibunya melahirkan kesyukuran dengan pilihan anaknya itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map