Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

LIMA SOALAN...

Wang juara buat keluarga tersayang

Feb 12, 2020 | 05:30 AM



LEWAT tahun lalu, penggubah lagu dan penyanyi muda, Naim Daniel Baharin, dikecam peminat kumpulan Korea, Blackpink, kerana menyunting gambar yang kononnya menunjukkan dirinya merakam foto bersama seorang anggota Blackpink, Rose.



Peminat Blackpink menuduh Naim, 22 tahun, sengaja memanipulasikan keadaan dan menumpang glamor kumpulan yang dikenali di peringkat antarabangsa. Namun pada Ahad lalu, Naim kembali bermain di bibir ramai apabila beliau menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 menerusi lagu ‘hit’ Sumpah. Naim yang mencipta lagu itu bersama Omar K membawa pulang RM50,000 ($16,741). Ikuti lima soalan bersama dengannya yang ditemui Harian Metro.



Apakah yang akan dilakukan dengan wang kemenangan itu?



– Wang kemenangan yang diterima ini saya ingin dahulukan buat keluarga dan ingin buat mereka gembira. Sebagai anak, saya sedar tidak banyak yang dapat saya berikan kepada keluarga saya jika dibandingkan dengan apa yang mereka berikan.



– Namun apabila Allah beri tanggungjawab serta bakat nyanyian dan lakonan, saya akan cuba sehabis baik bagi membalas jasa mereka.



Apakah pengertian kemenangan lagu ‘Sumpah’ ini?



– Sebagai pendatang baru dalam bidang nyanyian, saya sangat bersyukur dan berbangga apabila dapat bersama dan berkongsi pentas dengan pengkarya hebat Malaysia – sesuatu yang tidak terjangkau dalam fikiran saya.



Bagaimana penilaian anda tentang persembahan malam itu?



– Sejujurnya, memang ada perasaan gemuruh. Saya rasa itu adalah perasaan yang bagus untuk diri saya kerana saya rasa bernyawa dan mengharungi cabaran itu dengan sesuatu di luar jangkaan kita. Saya anggap persembahan ini bukan persembahan saya semata-mata tapi satu tanggungjawab bagi saya menghiburkan penyokong yang selama ini meminati lagu Sumpah.



Apa yang membuatkan Naim lebih terharu?



– Saya seakan-akan tidak percaya apabila berpeluang berdiri dengan barisan juara dan alumni AJL yang sudah banyak kali bertanding.



– Begini rasa seronoknya apabila sesuatu karya itu diangkat sebagai juara. Ia sekali gus memberi saya semangat agar terus berkarya dan menampilkan lebih banyak bahan bermutu.



Apakah yang terkini daripada Naim?



– Lagu terbaru saya, Sembah. Saya wujudkan tanda pagar #sembahnaim bagi memudahkan pencarian di Internet dan media sosial sekiranya lagu itu dilancarkan kelak. Namun, tak sangka pula ada pihak yang berpendapat berbeza mengenainya. Sembah yang menampilkan pemuzik Man Keedal tak bererti menyembah.



– Ia juga membawa maksud persembahan dan jalan cerita dalam lagu ini bukanlah mengenai menyembah apa-apa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >