Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Siti Nurhaliza hamil anak kedua

Dec 01, 2020 | 04:32 PM



PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza kini hamil anak kedua, dengan kandungan sudah pun berusia empat bulan. 



Beliau membuat pengumuman itu melalui satu kiriman Instagram pada Selasa (1 Dis) setelah lama berahsia dan membuat peminat berteka-teki tentang hal itu.


"Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami," kata Siti, 41 tahun.


September lalu, tindakan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, mencium perutnya ketika sedang bersiaran langsung di Instagram mencetuskan spekulasi penyanyi itu hamil.


Penyanyi  lagu Aku Bidadari Syurgamu itu kemudian mengumumkan sedang berehat daripada industri hiburan buat sementara waktu.


"Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih," kata Siti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >