Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Siti Nurhaliza lancar single dengan sentuhan hip hop

Feb 20, 2020 | 09:21 AM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan single baru dengan sentuhan duo hip hop, Kmy Kmo dan Luca Sickta, berjudul ‘7 Nasihat’.



Menggabungkan irama hip hop dan tradisional, lagu itu turut menampilkan pasangan duo itu yang sebelum ini bekerjasama dengan Datuk M Nasir melalui single Zuhud.



Mengulas mengenai lagu itu, Siti mengaku tidak mahu ketinggalan dengan peredaran muzik semasa.



“Peluang berganding dengan duo hip hop menjadi salah satu cara saya mendekati peminat muzik dan pendengar lebih muda.



“Saya anggap karya ini cukup istimewa kerana menggabungkan genre muzik hip hop, rap dan tradisional.



“Lagu ini juga diharap menyuntik minat generasi muda menghayati gabungan irama yang digarap dengan begitu baik sekali,” katanya kepada BH Online Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >