Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Siti Nurhaliza selamat lahirkan bayi lelaki

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hiburan
39
0

Siti Nurhaliza selamat lahirkan bayi lelaki

Apr 19, 2021 | 04:09 PM

PENYANYI dan usahawan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin telah selamat melahirkan anak keduanya pada pagi Isnin (19 April).

Berita kelahiran bayi lelaki pada 6.21 pagi itu diumumkan oleh pihak pengurusan Siti dalam satu kenyataan menerusi Instagram rasminya.

Menurut kenyataan itu, bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

"Siti dan bayi dalam keadaan baik dan sihat.

"Suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan bayi kedua mereka.

"Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar," kata kenyataan itu.

Siti turut mengonsi klip video yang memaparkan detik-detik manis sebelum melahirkan anak keduanya itu di Instagram.

Video tersebut menampilkan lagu yang dicipta khas oleh Siti untuk cahaya mata keduanya itu berjudul "Anakanda".

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3