Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiga jelitawan jumpa peminat di Kota Singa
Jul 11, 2015 | 5:30 AM
Tiga jelitawan jumpa peminat di Kota Singa
HUJUNG minggu ini, orang ramai boleh menjangkakan kemunculan pelbagai artis popular yang 'mendarat' di Kota Singa bagi meraikan lagi semangat hari-hari terakhir Ramadan.
Tiga wanita jelita dari Malaysia - Nur Fazura, Nabila Huda dan Neelofa - akan berada di sini bagi berjumpa dengan peminat mereka selain membuat promosi bagi pelbagai rancangan Raya.