Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tom Hanks dan isteri dijangkiti koronavirus

Mar 12, 2020 | 12:35 PM
DIJANGKITI KORONAVIRUS: Tom Hanks dan isteri Rita Wilson di tayangan perdana filem The Post pada Januari 2018.
DIJANGKITI KORONAVIRUS: Tom Hanks dan isteri Rita Wilson di tayangan perdana filem The Post pada Januari 2018. - - Foto EPA-EFE

LOS ANGELES: Pelakon Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson, yang juga seorang pelakon, telah disahkan positif bagi koronavirus di Australia.

Menulis di Twitter, Hanks berkata beliau dan Wilson, kedua-duanya 63 tahun, telah diperiksa di Australia selepas mereka berasa letih, sakit dan demam sedikit. Hanks berada di Australia bagi penggambaran filem.

"Untuk melakukan sewajarnya, seperti yang diperlukan dalam dunia sekarang, kami telah diuji untuk koronavirus dan didapati positif," kata Hanks dalam tweet itu.

Bintang filem itu berkata beliau dan Wilson akan "diuji, diperhatikan dan diasingkan" selagi diperlukan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg