Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
3

Trivia artis

May 15, 2020 | 05:30 AM

YUNA BANGGA WAJAH DI PAPAN IKLAN NEW YORK BUAT KALI KEDUA

- Buat kali kedua, wajah ayu penyanyi Malaysia yang sudah menembusi pasaran antarabangsa, Yuna, terpampang pada papan iklan di tengah-tengah kota metropolitan New York, Amerika Syarikat.

- Yuna yang nama sebenarnya, Yunalis Zarai, 34 tahun, meluahkan rasa bangga kerana dipilih aplikasi Spotify bagi mewakili masyarakat Asia menerusi Kempen Bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.

- "Tengok! Wajah saya di seluruh New York! Ia bersempena menyambut Bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik bersama Spotify," tulis Yuna di Instagram.

- Bagaimanapun, Yuna tidak berada di New York bagi melihat sendiri papan iklan dengan wajahnya itu. Beliau hanya berbangga dipilih Spotify.

- Beliau kemudian menambah pencapaiannya selama ini adalah berkat doa ibunya.

- "Anda dapat sesuatu dan anda akan kehilangan sesuatu yang lain tapi selalu bersikap baik dan adil biarpun orang lakukan sesuatu yang salah terhadap anda," kata Yuna lagi.

- Sebelum ini, pada Julai tahun lalu, wajah Yuna pernah menghiasi sebuah papan iklan di Times Square, New York, Amerika Syarikat, sempena pelancaran album antarabangsanya yang keempat.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >