LEMBAGA Pelancongan Hongkong telah mula menganjurkan lawatan berpandu bagi para pelancong untuk meneroka jejak kembara bertaraf dunia, MacLehose Trail, sejak kawasan itu mula mendapat pengiktirafan sebuah majalah antarabangsa.
Awal tahun ini, majalah National Geographic menyenaraikan MacLehose Trail dalam laporan Kembara Terbaik Dunia: 20 Jejak Impian dengan mengesahkan keindahan landskap semula jadinya.