Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Honey Lee 'papar' foto kehamilan di media sosial

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Pelakon sensasi Korea Selatan, Honey Lee, telah mengemas kini akaun media sosialnya buat pertama kali sejak menggemparkan para peminatnya mengenai berita kehamilan beliau.

Selebriti berusia 38 tahun itu memuat naik beberapa foto beliau di sebuah acara promosi awal minggu ini, dengan beberapa peminatnya menarik perhatian kepada perutnya yang menampakkan beliau hamil - meskipun mereka turut mengatakan Lee dapat 'menyembunyikannya' dengan baik.

Lee yang baru sahaja melakonkan dua watak berbeza dalam siri drama televisyen, One The Woman, turut dirakam menunjukkan cincin perkahwinan di jarinya.

Awal sebelum ini, pada 21 Disember, pelakon itu telah mengejutkan peminatnya setelah pihak pengurusan beliau mengumumkan Lee telah mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya di majlis privet di Seoul.

Ini setelah hanya kira-kira sebulan pihak pengurusannya mengesahkan bahawa Lee memang sedang bercinta, sambil mendedahkan teman lelakinya itu bukan seorang tokoh industri hiburan dan mereka bertemu menerusi kenalan pada awal 2021.

Kemudian, pada 16 Januari, Lee sekali lagi menyebabkan kejutan apabila pihak pengurusannya mendedahkan pula beliau sedang hamil anak pertamanya, dengan beberapa laporan media mengatakan pelakon itu sudah hampir empat bulan hamil.

Lee sebelum ini menjalin hubungan dengan pelakon Korea, Yoon Kye-sang, yang juga merupakan anggota kumpulan generasi pertala K-pop, g.o.d.

Kededua selebriti itu menjalin hubungan selama hampir tujuh tahun sebelum mengakhiri hubungan mereka pada Jun 2020.

Perpisahan Lee dan Yoon itu merupakan berita sensasi yang menggamit peminat hiburan Korea seluruh dunia kerana pasangan itu dianggap sebagai antara pasangan selebriti paling popular Korea.

Menurut laporan media hiburan Korea, Koreaboo, pasangan itu berpisah secara baik dan memaklumkan perkara itu kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat sebelum pihak pengurusan masing-masing mengeluarkan kenyataan.

Lee menjadi popular setelah memenangi peraduan Ratu Cantik Korea pada 2006 sebelum muncul tempat ketiga dalam peraduan Miss Universe setahun selepas itu.

Antara pencapaiannya dalam dunia lakonan termasuk lakonannya sebagai detektif dalam filem komedi, Extreme Job, yang membuktikan kepada ramai bahawa beliau berbakat besar, melebihi watak-watak glamor yang sering dipaparkannya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >