PELAKON dan pengacara dari Malaysia, Janna Nick, 27 tahun, baru-baru ini tampil menjawab dakwaan warganet berhubung gelagat sering menyampuk ketika juri memberi komen di pentas program realiti, Famili Duo.
Janna yang mengendalikan Famili Duo musim baru menjelaskan beliau terpaksa berbuat demikian kerana mahu memastikan acara berlangsung dalam masa ditetapkan.