Topik diikuti
Pergi ke BHkuIbu lima anak kini 'ibu' penawar jiwa pelanggan restoran
1 of 2
May 11, 2019 | 5:30 AM
Ibu lima anak kini 'ibu' penawar jiwa pelanggan restoran
DENGAN senyuman terukir di bibir dan keramahan bertanya khabar kepada sesiapa sahaja, Cik Juliana Mohamad Shariff berharap pelanggan ke restoran makanan segera McDonald's akan pulang dengan kenangan manis.
Ibu lima anak berusia 39 tahun ini begitu teruja merasakan sekitaran kerja semula, dua tahun lalu, setelah mengorbankan kerjaya konsultan kewangan di bank dengan pendapatan antara $5,000 dengan $8,000 sebulan, demi menjaga anaknya.