Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

IDEA isi masa 

Mar 21, 2020 | 06:16 AM



KONSERT DIBATAL



Apabila pelbagai konsert dan persembahan teater dibatalkan kerana mengelakkan orang ramai daripada berhimpun dan terdedah kepada jangkitan virus, masih terdapat banyak ruang mendapatkan hiburan. Selain pelbagai saluran TV, sumber hiburan ditawarkan di pelbagai wadah termasuk Netflix, saluran kabel dan sebagainya. Inilah juga masanya bagi anda menonton semula rancangan hiburan seperti Gegar Vaganza 6 (GV) yang menampilkan juara bersama yang juga selebriti popular kelahiran Singapura, Hady Mirza. 




MASJID DITUTUP



Ia tidak bermakna anda tidak boleh buat apa-apa. Banyak perkara yang boleh anda lakukan dalam menimba dalam menggali ilmu agama.



  • Boleh dengar podcast ‘Cakap Masjid’ terbitan BH/BM, yang mengetengahkan asatizah setempat dan membincangkan isu-isu sosioagama.

Caranya mudah:



1. Muat turun aplikasi Spotify dalam telefon bijak.

. Tekan #Cakap Masjid di ruang pencarian podcast.

3. Follow #Cakap Masjid untuk menikmati kandungan. Ikuti podcast kami di www.BeritaHarian.sg atau ‘Follow’ di Spotify.



  • Khutbah online.

    Anda boleh menimba nasihat dan ‘dengar’ khutbah Jumaat secara online. Mesej khutbah mudah didapat dengan melungsuri laman Web Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

  • Lungsur facebook dan laman Muis Antara lain, terdapat mesej Mufti dan penjelasan mengenai isu tidak dapat mendirikan solat Jumaat dan video #MuftiTalk. Dalam segmen #MuftiTalk misalnya, anda boleh mendengar perkongsian Mufti dalam beberapa perkara seperti hikmah di sebalik ujian dan kesukaran hidup.


TAK BOLEH MASUK JB



Dengan pentutupan Koswe sekitar dua minggu sehingga 31 Mac, kedengaran ramai yang merungut kerana tidak dapat berbelanja di seberang Tambak. Namun, terdapat banyak tempat berbelanja dan beli-belah di negara ini termasuk di NTUC FairPrice, Giant dan Sheng Siong.



Peringatan, stok mencukupi, jangan sampai membeli berlebihan! Belilah apa yang diperlukan saja...




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >