Topik diikuti
Pergi ke BHkuIdola pop Norway kuasai pasaran dengan irama misteri

ASTRID S: Miliki daya tarikan lagu-lagu yang bagaikan membawa anda ke alam fantasi, satu keunikan pemuzik Norway. - Foto INSTAGRAM ASTRID S
Nov 10, 2021 | 5:30 AM
Idola pop Norway kuasai pasaran dengan irama misteri
WALAUPUN penyanyi dan penggubah lagu muda Norway, Astrid Smeplass, hanya mendapat tempat kelima dalam rancangan realiti Pop Idol (Versi Norway) pada 2013, kerjaya nyanyiannya terbang tinggi di peringkat dunia.
Dengan menggunakan nama pentas Astrid S kini, wanita 25 tahun itu adalah sensasi muzik Norway yang mempunyai lapan juta pendengar bulanan di gedung digital Spotify, satu pencapaian yang sangat membanggakan.