Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ikah rai kemeriahan cinta

Dalam wabak Covid-19 masih lagi membelenggu kehidupan warga Singapura, niat beberapa selebriti setempat membina mahligai diteruskan juga meskipun dalam penuh kesederhanaan dan jumlah tetamu terbatas. Dengan penghujung tahun bakal menjelang, kian ramai pula yang menamatkan zaman bujang mereka. BERITA HARIAN melaporkan kisah dua bakat Singapura yang bergelar 'Raja Sehari' atau 'Permaisuri Sehari', baru-baru ini.
Sep 10, 2020 | 05:30 AM



Dalam wabak Covid-19 masih lagi membelenggu kehidupan warga Singapura, niat beberapa selebriti setempat membina mahligai diteruskan juga meskipun dalam penuh kesederhanaan dan jumlah tetamu terbatas. Dengan penghujung tahun bakal menjelang, kian ramai pula yang menamatkan zaman bujang mereka. BERITA HARIAN melaporkan kisah dua bakat Singapura yang bergelar ‘Raja Sehari’ atau ‘Permaisuri Sehari’, baru-baru ini.



SERI pengantin begitu terpancar pada wajah pelakon dan penyanyi Singapura, Ikah Jamil, hujung minggu lalu.



Beliau yang bermula sebagai bakat cilik program Klik! dan K14 begitu terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran keluarga, sanak-saudara dan teman karib walau dalam jumlah yang terbatas kerana wabak Covid-19.



Titisan air mata gembira membasahi pipi Ikah berkali-kali mengenang jerih payah ibu bapanya membesarkannya dan mengurus majlis yang diadakan dua hari.



Majlis pernikahan Ikah, 30 tahun, dan pasangannya, Aliff Zainal, 35 tahun, berlangsung pada Sabtu lalu di Tiara Waterfront, Stadium Tertutup Singapura. Ia dihadiri anggota keluarga, saudara-mara dan teman terdekat.



Ini disusuli dengan majlis persandingan di restoran Home of Seafood di Joo Chiat Place pada Ahad pula.



Ikah juga sebak ketika menyanyikan lagu popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cahaya Cinta, dek susunan seni katanya yang indah dan mencerminkan semarak kasih buat seorang suami yang banyak memberi dorongan mengharungi liku-liku hidup.



Ketika ditemui, Ikah yang mengusahakan Kream, perniagaan makanan 'hipster' aneka 'hot dog' dan minuman bersama suaminya, Aliff, sejak April tahun lalu, berkata:



"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Ramai yang mendoakan termasuk pengikut Instagram.



"Awalnya, memang buntu memikirkan kuota 50 orang yang boleh diundang. Pemilihan tetamu dilakukan dengan begitu teliti supaya tidak ada pihak yang kecil hati sekiranya tidak dijemput.



"Ikah bersyukur kerana dengan adanya media sosial, majlis Ikah dapat juga disaksikan pengikut dan pelanggan Ikah di Instagram Ikah di alam maya. Sekurang-kurangnya dapat juga Ikah kongsi hari bahagia Ikah dengan mereka yang banyak mendoakan.



"Cabaran kedua yang dihadapi pula adalah kewajipan memakai pelitup muka pada dua majlis tersebut. Ketidakselesaan amat terasa."



Menceritakan kisah cinta yang terjalin antaranya dengan Aliff, Ikah, yang juga berkesan membawa watak antagonis dalam Anak Metropolitan 3, berkata:



"Kami bertemu pada 2018. Aliff adalah majikan saya di sebuah bengkel kereta pada ketika itu.



"Hari demi hari, perkenalan kami putikkan rasa cinta. Dari detik itu, kami melanjutkan hubungan kami ke tahap selanjutnya selepas mengenali hati budi dan terasa keserasian antara kami."



Sikap bertanggungjawab dan mudah bertolak ansur Aliff membuat Ikah yakin inilah jejaka yang dapat menjaganya dengan baik.



"Aliff pandai menyusun kata-katanya bagi menyampaikan sesuatu. Komunikasi penting bagi Ikah. Aliff dapat melakukannya dengan baik.



"Beliau juga pandai menjaga hati Ikah dan pandai memujuk Ikah kalau Ikah merajuk. Lebih utama, Aliff menghormati Ikah dan keluarga Ikah," tambah wakil Singapura ke peraduan serantau, Dangdut Academy Asia 2 di Jakarta itu.



Menyingkap persamaan antara mereka adalah semangat bekerja keras yang dipanggil anak muda masa kini sebagai 'hustle' dalam menjayakan perniagaan mereka yang disambut baik menerusi khidmat kiriman atau bazar 'trendy' (sebelum Covid-19).



"Kami berdua memang kaki kerja demi mencapai kejayaan. Ada sahaja yang kami fikirkan dalam memajukan bisnes kami.



"Tiada perbezaan ketara antara kami. Kami saling melengkapi. Bezanya cuma Aliff anak tunggal yang berdikari, manakala Ikah anak kedua yang sangat manja dengan Mama," kongsi Ikah lagi.



Apabila rakan niaganya juga adalah suami, Ikah rasa lebih mudah berkomunikasi tentang perniagaan.



Idea dan strategi bisnes malah dapat dilakukan segera tanpa perlu menunggu hari bagi menetapkan mesyuarat dan mencapai kata putus.



Selain itu, isu kepercayaan mengenai hal ehwal kewangan dalam perniagaan juga tidak perlu dikhuatiri.



Aliff pula akui dirinya memang mengikuti perkembangan seni Ikah sebelum ini, malah meminati bakat yang ada pada isterinya itu.



"Aliff tertarik dengan Ikah sebab beliau senang diajak berbincang dan gemar berjenaka.



"Sebenarnya, tidak susah memenangi hatinya. Cuma kerana Ikah seorang wanita berprinsip, Aliff harus teliti menyusun kata ketika membuat langkah pertama ingin mengenalinya lebih dekat lagi.



"Sebab, beliau bukan jenis yang senang-senang nak rapat dengan mana-mana jejaka. Alhamdulillah, Aliff rasa amat beruntung kerana menjadi pilihan hati Ikah," ujar Aliff yang ingin memberi isteri tersayang keselesaan di samping menjaganya sampai akhir hayat.



Meskipun tidak dapat melancong ke luar negara bagi percutian bulan madu, pasangan ini begitu teruja menghabiskan masa bersama di Hotel Fullerton menyusuli persandingan mereka.



"Seminggu cukuplah bagi kami jalani 'staycation' sebelum kami sambung bekerja mengusahakan bisnes kami dan memenuhi keperluan pelanggan," jelas Ikah pula.



Harapan si cantik manis ini adalah agar dirinya dan Aliff dapat membina mahligai bahagia hingga ke akhir hayat.



"Ikah harap dapat bersama meniti usia bersama Aliff dengan beliau dapat menjaga Ikah sampailah kami mencapai usia senja dan dalam apa jua keadaan.



"Ikah juga berharap akan dikurniakan Allah zuriat yang comel suatu hari nanti," jelasnya.



" Awalnya, memang buntu memikirkan kuota 50 orang yang boleh diundang bagi majlis Ikah. Pemilihan tetamu dilakukan dengan begitu teliti supaya tidak ada pihak yang kecil hati sekiranya tidak dijemput.




Cabaran kedua yang dihadapi pula adalah kewajipan memakai pelitup muka pada dua majlis tersebut. Ketidakselesaan amat terasa."
- Ikah Jamil, pelakon dan penyanyi Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >