Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS DARI SEBERANG

Ikrar saling mencintai Bella-Aliff tersemat dalam lagu Tetap Di Sini

Jul 18, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Berikrar hidup bersama, telus mencintai dan saling menghargai, pasangan suami isteri, Aliff Aziz dan Bella Astillah, menterjemahkannya menerusi lagu duet pertama mereka, Tetap Di Sini.



Seperti diketahui, Aliff dan Bella pernah melalui fasa keretakan rumah tangga yang pernah menggegarkan industri hiburan, namun, episod kelam itu dijadikan pengalaman paling berharga.



Enggan menoleh ke belakang, Bella, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 28 tahun, percaya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah tersembunyi.



Bella berkata lagu Tetap Di sini cukup dekat dengan apa yang dirasai dan dilalui sebelum ini.



"Ini kali pertama saya diberikan peluang berkerjasama dengan Aliff menerusi lagu duet.



"Lebih istimewa, saya dan Aliff diberi kesempatan menghasilkan lirik lagu ini. Tentunya kami gembira kerana lagu Tetap Di Sini menggambarkan apa yang dilalui.



"Lagu Tetap Di Sini lebih kepada 'move on', jangan fikir apa yang pernah terjadi, namun, kami perlu menghargai apa yang ada sekarang," katanya kepada BH Online.



Lagu Tetap Di Sini ciptaan Mingaling, Amir Hasan, Ezra Kairo dan Roysten, manakala lirik oleh Amir Hasan, Ezra Kairo, Roysten, Bella dan Aliff.



Pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh itu berkata dia ditemani Aliff ketika proses rakaman.



"Alhamdulillah, proses rakaman sangat mudah. Aliff juga menemani saya daripada awal hingga selesai.



"Lagu Tetap Di Sini sangat 'catchy', jadi, agak mudah saya sampaikan dengan nada lebih 'fun'.



"Namun, cabaran tetap ada ketika rakaman. Saya dan Aliff mempunyai pandangan berbeza, jadi, kami banyak berbincang untuk mendapatkan hasil terbaik.



"Tetapi, segala-galanya okey sahaja," katanya.



Kali terakhir merakamkan lagu Tenang, dua tahun lalu, Bella berkata beliau bertuah dapat bekerjasama dengan individu yang berbakat dan profesional.



"Sepanjang proses rakaman, saya bersyukur kerana setiap individu mudah bekerjasama dan berbakat besar, sekali gus menjadikan penghasilan lagu ini lancar.



"Harapan saya semoga lagu Tetap Di Sini mendapat tempat dalam hati pendengar. Ini kerana lagu itu duet pertamanya bersama Aliff.



"Dan, liriknya memang ikhlas daripada hati kami.



"Saya juga terbuka dengan kritikan. Setiap komen membina saya jadikan rujukan pada masa akan datang," katanya.



Mengenai video muzik Tetap Di Sini, Bella berkata ia masih dalam perancangan.



"Insya-Allah, video muzik memang ada, tetapi masa kurang mengizinkan. Kami sedang usahakan untuk menghasilkan video muzik secepat mungkin," katanya.



Lagu Tetap Di Sini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music, manakala video lirik boleh ditonton di laman YouTube Universal Music Malaysia sejak 6 Julai lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >