Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis SG nanti 2022 penuh harapan

Iman ingin bangun muzik penawar, ubati gundah pendengar sedunia

Tahun baru 2022 membawa seribu harapan buat dua anak seni berikut setelah mengharungi 2021 yang mencabar tetapi membuka minda dan hati. Huda Ramdzan dan Iman Fandi bakal menjayakan rancangan Tahun Baru berasingan sebagai membuka tirai fasa baru yang membawa harapan dalam kerjaya muzik mereka. BERITA HARIAN berkongsi kisah aspirasi mereka.
Dec 30, 2021 | 05:30 AM



AWALNYA, tempoh kuarantin yang perlu dilalui penyanyi dan peragawati Iman Fandi di hotel setempat sepulangnya dari Los Angeles, Amerika, terasa merangkak-rangkak berlalu pergi.



Namun, lama-kelamaan setelah dibekalkan anggota keluarga dan teman karibnya dengan alat melukis, belon dan seekor kura-kura peliharaan, anak ikon bola sepak, Fandi Ahmad dan model Wendy Jacobs ini terasa enggan pulang kerana terlalu seronok dengan rutin hariannya.



Ikuti wawancara bersama Iman, 21 tahun, yang muncul dalam rancangan Tahun Baru 2022 Mediacorp, Let's Celebrate 2022 esok.



Artis Universal Music ini ditampilkan membuat persembahan di Stadium Jalan Besar.



Soalan (S): Ceritakan pengalaman paling tidak dapat anda lupakan pada 2021.



Iman: Saya menjalani kuarantin 21 hari di hotel sepulangnya daripada percutian di Los Angeles, Amerika. Saya tak dapat bayangkan hidup seorang diri dalam hotel selama tiga minggu!



Empat hari pertama agak payah. Lambatnya masa berlalu. Dahlah tak ada udara segar dalam bilik itu. Tiada jendela.



Namun, saya berjaya mengharungi tempoh kuarantin itu kerana keluarga dan teman rapat saya.



Bapa angkat saya kirim belon bagi menceriakan keadaan. Teman saya belikan kura-kura kecil.



Saya mula mencatat jurnal mengenai apa yang saya rasakan. Saya hasilkan bermacam lukisan, kraftangan dan butiran manik. Saya ditemani papan nada saya untuk mencipta lagu. Ia juga masa menonton banyak filem.



Pada akhirnya, macam tak nak balik! Saya sukakan rutin harian tersebut. Tak perlu risau tentang makanan kerana saban hari, ada sahaja yang mengirim makanan lazat.



Kita semua perlukan masa bersendiri, manjakan diri serta ubah perkara negatif menjadi positif.



Sekarang ini, saya simpan kura-kura yang dibeli itu di ruang tamu. Saya beli seekor lagi untuk menemaninya.



S: Ketika bercuti di Los Angeles, apa yang anda perhatikan?



Iman: Pada masa itu, Singapura masih lagi mempunyai banyak kes Covid-19 yang membimbangkan.



Saya agak ragu-ragu untuk mengembara pada awalnya. Saya masih terlalu takut sebab di Singapura, kita gunakan pelitup dan sentiasa menggunakan 'sanitiser' untuk bersihkan tangan.



Tapi di Los Angeles, saya lihat semua orang bebas ke sana ke mari. Mungkin kerana kota itu besar. Jadi ia tak terlalu sesak.



Saya seronok lalui perjalanan dalam kereta dan bersiar-siar di tepi pantai. Ada banyak pantai di sana. Di Singapura, kita tiada banyak pilihan pantai. Kalau tak East Coast, kita ke Sentosa.



Alhamdulillah, keadaan di Singapura kini lebih baik. Ada peluang untuk sesiapa yang terpisah daripada keluarga selama dua tahun lamanya mengunjungi keluarga di rantauan.



S: 2021 - apakah pengertiannya bagi kerjaya muzik anda?



Iman: Saya tidak menduga rezeki datang mencurah-curah. Kini saya sibuk siapkan album EP saya yang mudah-mudahan dapat diterbitkan awal 2022.



Selepas Timeframe, saya keluarkan 'single' Love Me Little More. Saya memang bayangkan lagu musim panas di negara tropikal. Segalanya rancak. Orang boleh menari sama.



Ketika menulis lirik lagu ini, saya terfikirkan perkongsian teman saya yang mengharungi hubungan cinta yang toksik.



Dia terlalu menyayangi orang yang meracuni hidupnya itu sehinggakan takut nak meninggalkannya.



Hubungan cinta atau persahabatan setoksik ini memang tidak bagus untuk kita. Teman saya terkejut apabila saya katakan saya hasilkan lagu ini berdasarkan pengalaman peribadinya.



Saya rasa dalam hidup, pasti ada insan toksik yang kita temui.



Bagi saya, tidak mengapa kalau kita dibelenggu perasaan ingin dicintai lebih sedikit kerana ketandusan perhatian orang tersayang atau remuk redam dalam hubungan toksik.



Yakinlah, hari-hari cerah akan menyinari hidup kita suatu hari nanti.



S: Bagaimana pengalaman anda bekerja dengan pengarah video, Amirul Hafidz atau fidz.bare?



Iman: Ini adalah pengalaman pertama bekerjasama dengan beliau. Klip video saya kali ini mempunyai jalan cerita sejajar dengan kisah teman saya ini.



Amirul membantu saya menyampaikan penceritaan persis plot filem. Kami jalani penggambaran selama dua hari di dalam sebuah rumah besar.



Ada ruang tamu, bilik dan taman yang membuatkan anda terasa seakan-akan penggambaran dibuat di luar Singapura. Ada kafe dan reban ayam! Pengalamannya menyeronokkan. Nampak macam saya berpindah-randah tempat tetapi semuanya dibuat di satu lokasi sahaja.



Mutu kerja video ini mempunyai 'jiwa' antarabangsa.



S: Apakah yang kita boleh jangkakan daripada anda pada 2022?



Iman: Album EP yang mengandungi beberapa lagu penawar yang membuatkan anda terasa anda membaca sebuah buku perjalanan hidup. Bab mana anda suka? Pilih sahaja dan dengar.



Saya juga berharap muzik saya akan distrim sehingga mencecah angka sejuta dan menembusi pasaran antarabangsa. Ini juga masa bekerjasama dengan artis lain.



Moga muzik saya akan jadi penawar buat mereka yang diselubungi rasa tidak pasti dan kecewa.



Pesan saya, ambil kehidupan anda selangkah demi selangkah. Nantikan hari-hari lebih cerah.



Saya juga suka melukis untuk suka-suka sahaja. Ingin sekali hasilkan lukisan rumah kedai berwarna-warni di Telok Ayer Street. Tak tahulah kalau lukisan saya cantik dan bernilai. Bapa saya menyarankan agar saya jual lukisan saya untuk raih pendapatan sampingan. Tapi saya pula sayang nak menjualnya.



  • 'Let's Celebrate 2022' akan disiarkan di meWATCH, Channel 5 dan saluran YouTube Mediacorp Entertainment pada 11 malam esok dengan ulangan di Channel 5 pada 5.50 petang lusa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >