Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Impak penularan koronavirus turut jejas periuk nasi artis M'sia

Penyanyi Black syor kerajaan tidak pinggirkan kumpulan penggiat seni dengan hulurkan bantuan khusus
Mar 29, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Menyedari impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada semua pihak yang dikenakan kerajaan Malaysia baru-baru ini, pelakon dan tokoh perniagaan, Rozita Che Wan, mengajak rakyat berkorban dan menyokong usaha mengekang penularan Covid-19.



Rozita atau mesra disapa Che Ta mengaku sebagai peniaga dan selebriti, banyak projek dan tugasan tergendala akibat PKP, namun semuanya terpaksa 'ditelan' demi menjayakan misi membendung wabak berbahaya itu.



"Semestinya penularan Covid-19 memberi impak kepada anak seni dan ahli perniagaan seperti kami. Perbelanjaan mengalir seperti biasa terutama dalam mengisi perut seisi keluarga, namun pendapatan terhenti.



"Perniagaan juga tak jalan... Penggambaran tertunda. Malah, beberapa tawaran kerja tertangguh. Tidak kurang juga, ada yang berakhir dengan pembatalan.



"Namun, saya reda dengan ujian yang kita lalui ini... Mungkin ada sebab bukan rezeki saya. Risau kalau perkara ini berlarutan. Mana hendak cari duit untuk menampung banyak perkara," katanya kepada edisi Berita Harian Malaysia dalam talian BH Online.



Berharap 'mendung bertandang akan berlalu pergi', isteri Zain Saidin ini berharap semua pihak akur dengan arahan kerajaan terutama pelaksanaan PKP.



"Bimbang sikap degil segelintir masyarakat, siapa tahu PKP akan berlanjutan lagi.



"Saya harap tidaklah sampai macam itu. Mengikuti perkembangan, saya takut ada negara yang nampaknya sudah tiada daya untuk bertahan.



"Apatah lagi melihat pekerja barisan hadapan termasuk dalam bidang perubatan, tak boleh bayangkan jika kita berada di tempat mereka... Luluh rasa hati ini.



"Kita yang diminta duduk rumah berehat dengan aman pun ada yang cuba ingkar... cubalah bertimbang rasa," katanya.



Rozita menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak mementingkan diri sendiri.



"Penularan wabak ini makin berleluasa hingga berlaku pertambahan kes dan jumlah kematian," kata pemilik empayar perniagaan By RCW itu.



Sementara itu, penyanyi Black Hanifah berkata lanjutan PKP hingga 14 April ini turut menjejaskan 'periuk nasi' penggiat seni tempatan sepertinya.



Mengaku rakyat pelbagai peringkat sama terjejas, Black atau nama sebenar Mohd Hanifah Md Hanafiah, berharap kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus.



"Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara.



"Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.



"Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.



"Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen, konsert dan pelbagai lagi semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.



"Apa yang terjadi tidak dinafikan menjejaskan pendapatan kami. Saya bersyukur ada menyimpan, jadi tidaklah terbeban perbelanjaan bulanan saya," katanya kepada BH Online.



Selain perniagaan yang perlu ditutup, Konsert 4G's yang dirancang Black bersama Akim Ahmad, Tomok dan Hazama juga ditangguhkan.



Tambah Black, tarikh baru untuk konsert yang dijadualkan pada 17 dan 18 April ini belum ditetapkan. Perkara itu akan dibincangkan selepas tempoh PKP tamat.



Sehubungan itu, Malaysian Society of Cinematographer (MySC) memohon kerajaan Malaysia membantu pekerja filem yang kehilangan pendapatan sepanjang tempoh PKP.



Timbalan Presidennya, Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamaruddin, berkata, mereka mengusulkan beberapa cadangan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi mengurangkan bebanan pekerja filem sekali gus membantu mereka yang memerlukan bantuan.



Antara cadangan ialah supaya pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) memajak filem daripada penerbit tempatan.



"Hasil daripada pajakan itu, dapatlah penerbit agihkan kepada pekerja yang terbabit dalam filem itu. Walaupun sedikit, tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu mereka," katanya yang ditukil Harian Metro.




" Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit. Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan."
- Penyanyi Black atau nama sebenar Mohd Hanifah Md Hanafiah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >