Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Impian 2 bakat muda tembusi pasaran antarabangsa

Isu harian kecil mampu jadi bahan lagu 'meledak'

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



Jika suatu ketika dahulu, idola remaja seperti Justin Bieber dan Greyson Chance memukau perhatian dunia, kini timbul nama-nama baru penyanyi dan penggubah lagu muda dalam industri muzik barat yang bercita-cita menembusi pasaran antarabangsa. BERITA HARIAN menemu ramah dua bakat baru, Forrest Nolan dan Justus Bennetts menerusi Zoom, baru-baru ini.



BAKAT hip-hop Amerika, Justus Bennetts, boleh dianggap sebagai Raja TikTok yang diikuti hampir setengah juta peminat merata dunia.



Hanya dengan berkongsi kisah seharian mengenai hari bodoh atau hari malang seseorang dalam lagu 'Bad Day' mahupun perihal remaja yang rasa diri mereka 'cool' sehingga menjatuhkan pelajar lain, Bennetts mampu 'memancing' ramai untuk mendengar kerja seninya.



Lagu-lagu ciptaannya, Bad Day, Cool Kids, Real Life Sux, Nightstand dan Insomniac, menarik perhatian ramai kerana kisahnya mampu dikaitkan dengan kehidupan seharian.



Apakah yang membuatkan Bennetts, 21 tahun, kini dianggap sebagai sensasi dan pencetus inspirasi buat ramai anak muda pencinta muzik?



Ikuti wawancara bersamanya yang dikendalikan menerusi Zoom dan diselaras pihak Virgin Music.



SOALAN (S): KENALKAN DIRI ANDA DAN KONGSI PERJALANAN SENI ANDA



JUSTUS BENNETTS (JB): Hampir setahun yang lalu, saya mula mempromosikan muzik saya di aplikasi TikTok.



Walaupun saya mula menggubah lagu sekitar tujuh tahun lalu, saya pada ketika itu belum ada keberanian dan keyakinan diri untuk ketengahkan lagu saya.



Saya rasa ia belum cukup bagus untuk pasaran Amerika, apatah lagi dunia.



Hanya setelah saya bertemu dengan pengurus saya dan beliau pula hubungkan saya dengan individu yang boleh membantu saya, maka perjalanan muzik saya berjalan lancar pada 2021.



Muzik memang sebahagian besar hidup saya. Ibu saya seorang penyanyi dan pemain piano berbakat yang menyanyi di gereja. Bapa saudara saya pula anggota band rok.



S: DARI MANA DATANGNYA SUMBER INSPIRASI ANDA?



JB: Lagu-lagu saya mengisahkan tentang perkara kecil-kecilan yang membingitkan saya. Orang mungkin anggap idea saya remeh tetapi perkara kecil sebeginilah yang boleh dikaitkan dengan kehidupan semua orang.



S: APAKAH KISAH DI SEBALIK 'BAD DAY'?



JB: Teman saya yang membantu saya dalam menghasilkan lagu menaiki lif bersama seorang wanita untuk ke studio kami.



Wanita itu dianggap dingin dan agak tidak menghormati orang sekelilingnya. Dia memarahi teman saya tanpa sebab sehinggakan teman saya mengharapkan agar hari yang kelam menanti si wanita.



Itulah yang menjadi teras lagu saya, Bad Day, yang mendapat sambutan amat menggalakkan.



S: APA PULA KISAH DI SEBALIK 'COOL KIDS'?



JB: Ia mengisahkan pengalaman sebenar saya di sekolah menengah dahulu di mana saya kadangkala dipandang rendah oleh budak-budak sombong yang rasa mereka 'cool'.



Jadi, 'Cool Kids' adalah metafora buat orang yang tak ambil pusing tentang perasaan orang lain dan sewenang-wenangnya memandang hina orang lain di sekeliling mereka.



Saya kini sedang dalam usaha menyatukan 10 hingga 12 lagu saya bagi album EP pertama yang dijangka keluar tahun ini.



S: NAMAKAN TIGA PERKARA YANG MEMBAHAGIAKAN ANDA



JB: Bangun pagi dan boleh buat segala perkara yang saya cintai. Apabila segalanya mengikut perancangan ibarat pandu kereta di jalanan dan anda hanya temui lampu trafik hijau di mana-mana atau tiada barisan di kafe yang memerlukan anda beratur untuk beli secawan kopi.



Akhir sekali, temanita saya yang menghiburkan.



S: APAKAH TIGA PERISTIWA YANG BOLEH BUATKAN NASIB ANDA MACAM NASIB KENTANG? ITU GAMBARAN DALAM BAHASA MELAYU YANG SERING KAMI GUNAKAN TETAPI BAGI ANDA, APAKAH YANG MEMBUATKAN SITUASI MENJADI 'BAD DAY'?



JB: Ketika saya kehilangan kunci kereta dalam bentuk alat kawalan jauh. Apabila hilang alat ini, saya perlu program semula pergerakan kereta saya. Kecoh!



Kalau ubat gigi tiba-tiba kehabisan atau tiada susu untuk buat bijirin emping jagung atau apabila saya bergegas ke stesen minyak tetapi minyak sudah kehabisan!



S: MENGAPA MUZIK ITU PENAWAR DAN TIKTOK SATU FENOMENA?



JB: Apabila saya berpindah dari Seattle ke North Carolina, saya tiada teman. Muzik menjadi teman saya agar saya tidak rasa terasing.



Sejak itu, saya mula rajin tulis lirik hip-hop saya sendiri dan bikin banyak lagu.



TikTok adalah satu fenomena besar buat artis masa kini. Ia satu cara mendedahkan kerja seni kami. Ia 'menggila' dan memberi pulangan lumayan. TikTok mengubah landskap muzik merata dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >