Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jauh perjalanan, luas lagi ruang di belakang

Apr 27, 2020 | 10:16 AM



SEJAK jenama Skoda muncul di Singapura sekitar tiga tahun lalu, ia mendapat perhatian ramai pengguna jalan raya.



Dalam tempoh yang singkat itu, jenama kereta Republik Czech ini sibuk memperkenalkan beberapa pilihan model yang terdiri dari saloon dan SUV.



Skoda, yang merupakan salah satu jenama di bawah kumpulan pembuat kereta Jerman Volkswagen, pernah dinobat sebagai Sedan Terbaik (Skoda Superb) dan SUV muatan tujuh penumpang terbaik (Skoda Kodiaq) dalam anugerah kereta terbaik anjuran majalah Torque dan akhbar The Straits Times pada 2018.



Maka tidak hairanlah apabila mereka ingin terus melancarkan model baru yang setaraf dengan model sebelumnya.



Baru-baru ini, Skoda telah memperkenalkan Skoda Karoq - SUV kedua dalam barisan model kereta yang dimiliki.



Skoda berjaya menghasilkan SUV yang sesuai untuk panduan keluarga dalam percubaan pertamanya, melangkaui jangkaan ramai. 



Model SUV terbarunya ini juga tidak kurang hebatnya. Skoda Karoq merupakan kenderaan kegunaan keluarga yang berpatutan dan serba boleh. 



Ia boleh didapati dalam dua varian - Karoq ‘Ambition’ dan Karoq ‘Style’ yang ditambah baik.



Dimuatkan dengan enjin TSI 1.5 liter rekaan Jerman, ia dapat menghasilkan 150hp pada 5,000 hingga 6,000rpm.  Ia juga mampu menghasilkan tork sekuat 250Nm pada 1,500–3,500 rpm.



Sebaik menekan minyak, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km sejam dalam masa 9 saat.



Lebih dari prestasi di jalan raya, ruang dalamannya yang agak luas untuk kereta muatan lima penumpang, turut menawarkan versatiliti, sesuai untuk gaya hidup yang aktif dan ‘adventurous’.



Apa yang membezakan kenderaan ini daripada SUV yang lain adalah ciri Sistem Tempat Duduk VarioFlex. 



Dengan ruang kabin yang lebar dan tempat duduk bahagian belakang yang boleh digelongsor (sliding seat), ia bermakna ia mampu memuatkan tiga dewasa dengan selesa. 



Jika inginkan lebih banyak ruang, tempat duduk belakang boleh dilipat dan ditanggalkan bagi memuatkan dua buah basikal. Anda juga boleh berkelah di belakang dengan ruang yang cukup lapang, jika mahu.



Tanpa menanggalkan tempat duduk belakang, kereta itu boleh memuatkan hingga 588 liter dan tanpa tempat duduk belakang, kapasiti tersebut dapat mencecah 1,810 liter.



Mudah kata, Karoq mempunyai ruang untuk setiap kegunaan.



Lebih menarik adalah senarai teknologi yang dimuatkan dalam SUV ini. Antara ciri utama Karoq adalah sistem infotainment Columbus 9.2 inci dan dilengkapi dengan sistem navigasi yang terdapat pada versi ‘Style’.



Skoda turut mengambil berat tentang ciri keselamatan yang terdapat pada Karoq. 



Dilengkapi dengan ciri-ciri seperti amaran elak pelanggaran dan brek kecemasan autonomi yang mampu mengesan pejalan kaki, dan pemantauan ruang teradang yang memberi amaran jika ada kenderaan yang terlalu dekat semasa menukar laluan.



Skoda Karoq adalah SUV panduan keluarga yang sangat berguna, ditambahkan lagi dengan ruang kabin yang praktikal dan enjin menjimatkan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >