"Kali ini, Aku membawa isteri tercinta, Habibah, yang tidak dapat Aku bawa bersama ke Tanah Suci pada 1989. Beliau terpaksa berkorban, menangguhkan ibadah hajinya semata-mata untuk merawat dan menjaga ibu Aku yang telah tua dan sering sakit sakitan," Haji Ismail Haji Asmawi memulakan ceritanya.
Setelah berada sehari semalam berwukuf di Arafah, kira-kira 11 malam, kami pun berangkat menuju ke kota kecil Muzdalifah. Di Muzdalifah rombongan kami tidak tidur bermalam di situ.