Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Karisma ‘lucut’ pakaian glamor, jadi pegawai polis kaki arak dalam watak terkini

May 26, 2023 | 03:50 PM



PELAKON Bollywood, Karisma Kapoor, sering dikaitkan dengan fesyen mewah setiap kali muncul di layar perak.

Bagaimanapun, dalam siri drama terkini Brown, Karisma, 48 tahun, keluar dari zon selesanya untuk membawakan watak Rita Brown, inspektor polis pesara yang kaki arak dan tidak begitu pentingkan penampilannya.


Drama ini mempunyai kelainan tersendiri setelah lama beliau tidak muncul dalam projek seni yang mencabar keupayaannya berlakon.

Apa kata Karisma tentang watak yang digalasnya? Ikuti wawancara bersama majalah Filmfare.


Soalan: Anda agak memilih peranan apa yang boleh dimainkan sejak akhir-akhir ini. ‘Brown’ adalah projek yang sangat berbeza daripada kerja seni anda sebelum ini. Apakah yang membuatkan anda kata ‘Ya’ pada projek ini?

Karisma: Memang Rita Brown adalah watak yang tidak kisahkan orang sekelilingnya. Dia memang watak yang ‘hidup’. Siri drama ini menangani pelbagai emosi manusia dan topik relevan. Terdapat masalah dalam masyarakat yang biasanya disorok dan kita tak mahu cakap apa-apa pun mengenainya. Peranan ini menyentuh perasaan saya. Cabaran besar buat saya. Pastinya ia sesuatu yang saya tak pernah buat sebelum ini. Kita tak pernah menyaksikan drama sebegini di kaca televisyen.


S: ‘Brown’ ditayangkan di Berlin dalam satu acara yang memilih kerja seni terbaik untuk ditayangkan. Apakah ia terasa seperti mimpi buat anda?

Karisma: Rasa teruja dan rendah hati. Kami sepasukan bangga. Drama ini memang ingin dipasarkan agar tampak berlainan. Apabila ia menjadi perhatian di peringkat antarabangsa, kami teruja. Wujud bermacam topik relevan khususnya buat wanita di mana-mana khususnya di India. Apabila ia dipaparkan di peringkat antarabangsa, pastinya ia pengalaman menakjubkan.


S: Drama ini menangani beberapa topik berat. Apakah persediaan mental yang anda perlu harungi untuk bawakan pesanan sebenar drama ini kepada orang ramai?

Karisma: Niat kami memang ingin menjadikan drama ini realistik dan penuh unsur kemanusiaan. Pada masa yang sama, Rita Brown banyak kesilapan dan tidak sempurna seperti semua manusia lain. Tiada yang boleh kita panggil ‘Wonder Woman’ sebenarnya. Tetapi terdapat rasa ihsan untuknya. Sewaktu menjalani penggambaran, saya payah memikirkan perkara yang sukar untuk saya sendiri tangani kalau saya benar-benar adalah Rita. Banyak kajian yang perlu dibuat untuk membangun watak ini. Cara dia berbual dan berurusan dengan orang... semua ini perlu saya ambil kira.


S: Apakah perbezaan bekerja dalam siri drama dan menghidupkan watak dalam sebuah filem?

Karisma: Tak banyak beza sebenarnya sebab anda hanya hidupkan sesuatu watak. Penggambaran kami sama sahaja macam bikin filem. Cara saya mendekati watak Rita sama sahaja seperti saya hidupkan watak lain. Walaupun saya perlu lakonkan episod demi episod, berbeza dengan ketika saya jayakan sebuah filem, saya tidak begitu hiraukan perkara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >