Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kaum lelaki pun perlu rawat rambut

Feb 14, 2020 | 06:00 AM



MENCEGAH lebih baik daripada merawat.

Sebelum ini, mungkin rambut tidak diambil endah kebanyakan kaum lelaki. Tetapi apabila masalah mula timbul, barulah terpinga-pinga mencari huraian.

Mungkin ada juga yang berpendapat masalah rambut kaum lelaki akan hanya wujud apabila mereka mencecah usia 40 tahun ke atas.

Tetapi kian ramai kaum lelaki yang berusia 20-an tahun sudah mula mengalami masalah kehilangan rambut.

Baru-baru ini, pengacara bersama podcast Berita Harian, #NoTapis, personaliti Suhaimi Yusof telah menjalani satu sesi rawatan kulit kepala ‘Signature’ di cawangan terbaru Beijing 101, dekat pusat beli-belah Funan.

Menceritakan pengalamannya dalam episod terkini #NoTapis, Suhaimi berkata beliau tidak sangka kaum lelaki juga perlu peka tentang kesihatan rambut.

Malah, kesihatan rambut itu mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan tubuh badan.

Sepanjang rawatan lebih sejam itu, beliau telah melalui proses rawatan mengukuhkan akar rambut dan juga masalah kelumumur yang dialaminya.

Sebelum memulakan rawatan, beliau memasuki bilik di mana pakar konsultan lelaki Beijing 101, yang boleh berbahasa Melayu, memeriksa keadaan kulit kepalanya terlebih dahulu.

Ini telah dilakukan dengan menggunakan alat imbasan kulit kepala yang boleh melihat keadaan kulit kepala 200 kali lebih besar daripada biasa.

Daripada situ, pakar konsultan tersebut dapat mengetahui isu yang dihadapinya berkenaan keadaan kulit kepalanya.

“Menurutnya kulit kepala saya berminyak dan ada kelihatan sedikit kelumumur.

“Beliau menasihati saya agar mencuci rambut setiap hari tetapi saya ni ‘rajin’ sangat, saya cuci dengan syampu seminggu sekali sahaja,” katanya sambil tertawa.

Selepas mengenal pasti masalah yang dihadapinya, barulah rawatan yang sesuai diberikan.

Beliau kemudian dibawa ke sebuah bilik khas. Bilik ini sesuai untuk kaum Muslimah yang perlu membuka tudung semasa menjalani rawatan. Ada juga pintu yang boleh ditutup.

Masker rambut kemudian disapu di merata kulit kepala sebelum dibiarkan selama beberapa minit .

Ini bagi mengukuhkan akar rambut.

“Sambil menunggu, kita boleh menikmati sajian air teh herbal yang disajikan. Memang menyegarkan,” katanya lagi

Selang 20 minit kemudian, barulah rambut dicuci dengan air suam.

Penggunaan air suam lebih baik kerana ia dapat mematikan sebarang kuman yang ada pada kulit kepala.

Ini disusuli pula dengan sesi urut kulit kepala selepas tonik disapu.

“Macam berangin jer rambut. Urut kepala juga ‘best’!’ katanya lagi.

Di akhir rawatan itu, Suhaimi dibawa kembali ke bilik yang mempunyai alat imbasan kulit kepala, untuk memeriksa kembali keadaan kulit kepala.

“Wah saya macam kagum, kepingan-kepingan minyak di kulit kepala sudah tiada dan kelemumur juga berkurangan.

“Dan semua ini hanya dengan satu rawatan sahaja,” kongsinya.

Melihat keberkesanan rawatan itu, Suhaimi mengajak dan mengesyorkan kaum lelaki dan juga wanita untuk merebut promosi yang ada, untuk memeriksa keadaan kulit kepala mereka.

Rawatan kulit kepala ‘Signature’ Beijing 101 yang berharga $464 kini berharga $40 sahaja.

Setiap pembelian promosi memboleh pembaca turut memenangi kit jagaan rambut dan sepasang tiket wayang secara percuma.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan promosi, anda boleh SMS (BH2), (Nama), kepada 96868-101 sekarang!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >