Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ke Flores jenguk naga komodo

Sep 30, 2019 | 05:30 AM



KAMI terpanggil untuk mengetahui lebih mendalam dan melihat sendiri reptilia yang bergelar naga komodo setelah terbaca kisahnya.



Reptilia ini hanya terdapat di Kepulauan Flores Indonesia.



Dari Singapura tiada penerbangan langsung, oleh itu saya dan suami, Abdul Ghani Mohamed Yusoff, harus ke Jakarta dan menyambung pesawat ke Labuan Bajo.



Labuan Bajo adalah sebuah bandar perikanan yang terletak di hujung barat pulau Flores di wilayah Nusa Tenggara timur Indonesia. Nama Labuan Bajo bererti tempat berlabuh bagi orang Bajo.



Awalnya, Labuan Bajo merupakan pemukiman Suku Bajo, namun sekarang mereka hidup berdampingan dengan warga asli Flores.



Kaum Bajo merupakan suku yang berasal dari Sulawesi yang bermukim di pesisir barat Flores, Nusa Tenggara Timur.



Kami menginap di hotel Ayana yang terletak di persisir Laut Flores.



Dengan pemandangan lautan luas dan gunung- ganang, kami dapat merasakan suasana yang sangat santai dan tenang.



Flores mempunyai banyak tempat menarik.



Kami menyewa bot dan pulau pertama yang kami tuju ialah Pulau Padar, sebuah pulau kecil yang telah menarik ramai pelancong dengan pemandangannya yang indah dan memukau.



Pulau Padar terletak di Lautan Flores, cerah dan berbangga dengan keindahan bukit beralun yang kelihatan seperti meniru gelombang menjadikan landskap semula jadi yang menakjubkan.



Mendaki ke puncaknya adalah suatu kemestian untuk menikmati pemandangan panorama seluruh pulau dengan tiga teluk pantai ikoniknya.



Pendakian memakan masa 30 hingga 60 minit, memerlukan banyak tenaga dan tumpuan kerana curam treknya yang lebih dari 45 darjah dan tidak mempunyai pagar untuk membantu.



Walaupun kami memulakan perjalanan awal pagi, bahang teriknya matahari dan hawa yang lembab sangat mencabar.



Selanjutnya kami ke Pulau Komodo dengan harapan dapat melihat naga komodo yang penuh fenomena ini.



Haiwan ini dahulunya berkeliaran di tiga kepulauan Flores, iaitu Pulau Komodo, Padar dan Rinca.



Oleh kerana kekurangan makanan di Padar menyebabkan haiwan ini mendiami hanya di Rinca dan Komodo, di mana terdapat kampung kecil yang diduduki oleh pekerja renjer.



Ia bebas merayap ke mana sahaja yang mereka suka bahkan bersantai di bawah pejabat renjer.



Kedua-dua pulau ini dijadikan Taman Negara Komodo.



Di taman ini, kami tidak diizin berjalan sesuka hati tanpa ditemani oleh renjer yang 'bersenjatakan' tongkat kayu berbentuk 'Y'.



Reptilia liar yang beratnya antara 70 kg dengan 200 kg ini kelihatan sentiasa dalam keadaan tidak bergerak tapi sebenarnya mempunyai kepantasan bergerak 20 km sejam dan mulutnya yang lebar mengeluarkan air liur yang mengandungi kuman beracun menjadikan ia haiwan yang sangat berbahaya.



Gigitannya akan melemahkan dan akhirnya membunuh mangsa jika tidak dirawat secepat mungkin.



Seterusnya, kami ke 'Pink Beach'. Sesuai dengan namanya, pantai ini memiliki pasir berwarna merah jambu. Ia merupakan salah satu daripada tujuh pantai berpasir merah muda yang ada di dunia.



Warna pasir sebegini disebabkan pecahan karang dan biota lautnya.



Selain pemandangan pantainya yang indah, 'Pink Beach' juga memiliki pemandangan dasar laut yang juga mengasyikkan.



Satu lagi destinasi menyelam ialah Manta Point.



Di sini kami dapat berenang bersama dengan ikan pari manta. Walaupun ia adalah pari liar, ia tidak takut dengan kehadiran manusia di sekitarnya malah ia seperti mengajak para penyelam bermain-main bersamanya.



Pari Manta tidak berbahaya, berbeza daripada jenis pari lain, ia tidak memiliki sengatan di ekornya.



Secara ringkas, Flores sangat menakjubkan. Banyak lagi tempat wisata yang tidak sempat kami kunjungi oleh kerana kesuntukan waktu.



  • Penulis seorang jurutera


Kirimkan pengalaman melancong anda



ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi? Halaman ini mengalu-alukan sumbangan sukarela anda.



Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelola ruangan Kembara GAH menerusi e-mel bhgah@sph.com.sg.



Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dan 600 perkataan.



Gambar pula mesti dalam format .jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >