Ke Turkey dalami ilmu memanah berkuda
Aug 14, 2017 | 05:30 AM
ALHAMDULILLAH, dapat juga saya jejaki bumi Turkey.
Dari 7 hingga 13 Julai lalu, bermulalah kisah pengembaraan musafir kelana saya ke Turkey untuk meningkatkan ilmu memanah sambil berkuda dan menyahut undangan mewakili Singapura dalam pertandingan memanah tradisional peringkat antarabangsa.