Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Gaya Hidup

Kegiatan berjinak dengan gajah ''tidak diterima''

Dec 30, 2019 | 05:30 AM

HUBUNGAN secara langsung antara pelancong dengan gajah, termasuk menunggang dan memandikan haiwan tersebut, kini dilabel "tidak diterima" oleh sebuah persatuan pelancongan terbesar Britain.

Persatuan Pelancongan Abta, mengumumkan bahawa ia telah mengemas kini Panduan Kebajikan Haiwannya yang melibatkan semua anggota operator pelancongan serta ejen pelancongan.

Selain mengharamkan interaksi gajah tanpa halangan antara haiwan dengan pelancong, persatuan itu juga mengkategorikan amalan memberi makanan kepada beruk, beruang, buaya, ikan paus dan sloth sebagai tidak diterima, selain memberi makan dan berjalan-jalan dengan kucing liar.

Panduan Kebajikan Sejagat Abta bagi Haiwan dalam Pelancongan telah diterbitkan pada 2013, namun satu laporan kajian yang diterbitkan Pelrindungan Haiwan Sedunia pada 2018 mendedahkan beberapa ayat yang digunakan agak kurang jelas dan tidak konsisten bagi melindungi haiwan yang digunakan bagi tujuan hiburan.

Sejak itu persatuan tersebut telah mendapatkan runding cara dengan pertubuhan seperti Perlindungan Haiwan Sedunia, Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa, Yayasan Bebas Lahir, Sekutu Cetacean Sedunia dan Pemuliharaan Paus dan Ikan Lumba-Lumba untuk membantu mengukuhkan panduan bagi haiwan.

Namun, selepas dikemaskini, panduan tersebut masih lagi dianggap tidak wajib bagi anggota pertubuhan, menurut laman Independent.

"Nasihat jelas bahawa amalan gajah yang digunakan bagi pertunjukan, menunggang, dimandikan atau sebarang hubungan dengan pelancong tanpa sebarang halangan adalah tidak diterima, merupakan satu pencapaian hebat," kata pemimpin kempen sejagat di Perlindungan Haiwan Sedunia.

"Kami sama-sama teruja melihatkan pengalaman merbahaya lain yang melibatkan pelancong seperti berselfie dengan sloth di hutan Amazon, memberi makan kepada orang-utan atau zirafah, dan berjalan bersama singa di Afrika selatan, juga dalam senarai yang sama," katanya lagi.

Pengurus kanan destinasi mapan Abta, Cik Clare Jenkinson, berkata:

"Anggota Abta telah menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan haiwan a dengan melaksanakan panduan Abta selama beberapa tahun, dan para pemain lain dalam industri ini dari serata dunia menggunakan panduan Abta sebagai dasar kepada kebajikan haiwan.

"Terima kasih kepada pandangan bernilai daripada ramai pakar pemegang amanah, panduan yang dikemas kini itu bermakna syarikat pelancongan boleh laksanakan pendekatan kebajikan haiwan dan bekerjasama dengan pembekal bagi mempertingkat piawai," katanya.

Pada Oktober lalu, TripAdvisor mengumumkan bahawa ia akan berhenti menjual tiket bagi tarikan yang menggunakan paus atau ikan lumba-luma yang terkurung.


Kirimkan pengalaman melancong anda

ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi?

Halaman ini mengalu-alukan sumbangan sukarela anda.

Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelolaruangan Kembara GAH menerusi e-mel bhgah@sph.com.sg.

Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dengan 600 perkataan.

Gambar pula mesti dalam format .jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian