SAMBIL anda menantikan ketibaan Syawal pada tahun ini, apa kata anda membawakan sinar kebahagian kepada orang-orang yang tersayang di sekeliling anda. Sempena ketibaan Ramadan dan Raya ini, Berita Harian (BH) akan memberikan pembaca dan peniaga setempat peluang untuk mendekati masyarakat di sini.
Sepanjang Mac, April serta Mei ini, pelbagai produk serta perkhidmatan akan kami utarakan di akhbar ini. Pengiklan juga akan mendapatkan promosi hebat serta iklan percuma apabila mengiklankan barangan mereka.