Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kembali ke S'pura untuk niaga Ramadan, rai Syawal

Mar 27, 2022 | 06:56 AM



KETIBAAN Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang amat dinanti-nanti Hady Mirza yang gembira dapat pulang ke tanah air untuk meraikannya di Singapura.



Salah satu motivasi buatnya menghabiskan sambutan dua bulan mulia ini di sini adalah atas komitmen perniagaan musiman yang dikendalikan sejak beberapa tahun lalu.



Ramadan dan Syawal juga lebih manis disambut di Singapura kerana ia merupakan tempoh di mana Hady berpeluang menjalankan amal ibadah bersama keluarga terdekat, sahabat akrab dan peminat yang sudah lama tidak ditemui.



Tahun ini, beliau sibuk menjalankan perniagaan kuih tart dan air katirah.



Bersama Al-Akhawat Boutique pula, Hady akan memperkenalkan koleksi baju kurung lelaki eksklusif berjenama HM dalam sembilan warna khususnya buat warga Singapura.



Dalam wawancara Zoom bersamanya, Hady menjelaskan:



"Perniagaan musiman memang menyeronokkan buat saya. Setiap tahun, saya dan isteri saya, Jannah, akan perbaharui produk kami dan menaiktarafkan mutu yang disajikan berdasarkan maklum balas pelanggan atau penilaian kami sendiri.



"Kami nak produk kami lebih sedap dimakan setiap tahun. Barulah puas hati. Itulah nikmat buat kami apabila pelanggan kata, kuih kami sedap dimakan.



"Lagipun, pelanggan sekarang lebih arif sebab terdedah pada bermacam produk yang dijual dari rumah atau kedai. Mereka tahu mentega apa yang kita gunakan, mentega mana yang beri rasa lebih sedap pada kuih tart misalnya. Tak boleh tipu.



"Saya dan isteri sebagai peniaga pun rajin membeli daripada usahawan lain sebagai satu cara kami saling menyokong produk orang kita yang gigih meniaga.



"Rata-rata jualan dari rumah memang bermutu tinggi dari segi rasa dan kebersihan. Kawalan mutu memang dijaga."



Bagaimanapun, Hady meminta maaf kepada pelanggan tetapnya kerana hanya sempat menyiapkan kuih tart buat tahun ini.



"Kerana saya dilanda Covid-19 bulan lalu, jadual yang awalnya ditetapkan untuk menyiapkan kuih Raya tak kesampaian. Kami tak nak kelam kabut sampaikan mutu kuih terjejas. Jadi kuih tart sahajalah nampaknya," kongsi Hady.



Kuih tart Hady akan dijual di bazar mini Ramadan Revival di MakBesar Arcade@Changi Airport di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.



Ia juga akan dijual di kedai milik teman-temannya yang akan diumumkan di media sosial.



Beliau juga merancang mengirim kuih tart dan air katirah ke rumah pelanggan jika jadualnya tidak terikat dengan program yang sudah diuruskan pihak pengurusannya di Singapura, MakBesar.



"Saya rasa gembira dapat mengirim sendiri kuih tart dan air katirah ke rumah pelanggan. Apa salahnya? Sudah menjadi amanah saya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang menyokong saya.



"Memang ramai yang terkejut Hady Mirza sendiri datang kirim air katirah dan kuih. Tapi saya memang suka buat sebegitu untuk beri keceriaan kepada peminat dan penyokong.



"Dulu mungkin malu-malu nak tegur orang... sekarang ni, saya tak kisah. Lebih senang bersembang dengan orang ramai dan rapatkan ukhuwah," tambahnya.



Mengenai jualan baju kurung eksklusif sebanyak 1,000 pasang, Hady menjelaskan:



"Baju kurung eksklusif HM ini saya khaskan buat orang Singapura. Tujuan saya adalah bagi mengembangkan lagi bisnes saya tetapi bermula dengan cara kecil-kecilan.



"Bagi tahun pertama ini, kami mulakan dengan stok terhad sebanyak 1,000 pasang daripada saiz S hingga 4XL. Awal Ramadan nanti, kami akan uar-uarkan di media sosial," ujarnya.



Menurut Hady, beliau juga akan luangkan masa Ramadan ini untuk projek video muzik dan 'jingle' iklan yang tertunda sejak dua tahun lalu serta undangan acara Raya lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >