Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Keunikan Kepulauan Cayman Caribbean

Jul 09, 2018 | 05:30 AM



APABILA Christopher Columbus mendarat di Cayman pada 10 Mei 1503, beliau ternampak banyak penyu lalu menamakan pulau itu Las Tortugas.



Kemudian diubah menjadi Caiman (buaya) sesuai dengan keadaan pada masa itu yang penuh dengan 'buaya darat', wang haram hasil penjualan dadah dan perompak.



Walau apa pun sejarah masa lalunya, Cayman adalah 'syurga' dunia di Caribbean.



Mungkin kita pernah dengar berita orang kaya yang menyimpan wang mereka di sana kerana hendak mengelak cukai.



Dengan itu, ia menjadi pusat perbankan yang berkembang pesat di dunia.



Saya dan suami, Abdul Ghani Mohamed Yusoff, teruja ke Grand Cayman, salah satu kepulauan Cayman di bawah jagaan United Kingdom (UK) - untuk melihat sendiri apakah keistimewaan yang terdapat di sana.



Pulau yang berbentuk seperti tapak kaki manusia, seluas 196 kilometer persegi ini terletak di selatan Cuba dan hampir 300 kilometer barat laut Jamaica.



Walaupun bahasa rasminya Bahasa Inggeris, ramai yang masih menggunakan bahasa asli Caymanian dan Jamaican Patois.



Selain pantai dengan air jernih kebiru-biruannya, pusat beli-belah dan pusat kewangan global yang hebat, ia juga telah menarik ramai individu kaya dari seluruh dunia mendirikan rumah percutian mereka di pulau ini.



Seven Mile Beach adalah pantai terumbu karang yang panjangnya hampir tujuh batu (11.3 kilometer) dan berbentuk bulan sabit di hujung barat Grand Cayman.



Banyak resort dan hotel mewah serta restoran berada di kawasan itu.



Di situ terdapat meriam purba dari kapal HMS Thunderer yang hilang pada 1780. Ia ditemui pada 1984 oleh kapal penyelidikan Beacon.



Kami ke George Town, kawasan mewah yang dihiasi bangunan tradisional dan moden milik pemerintah, perusahaan insurans dan bank selain dikelilingi butik berjenama seperti Versace, Tiffany, Gucci, Burberry, Rolex, Tudor dan banyak lagi.



Ramai ambil kesempatan berbelanja tanpa cukai terutama buat barangan berharga seperti jam tangan, barang kemas dan permata.



Kami meneruskan perjalanan ke Hell di bahagian barat pulau ini.



Terdapat di satu kawasan sebesar padang bola di mana terdapat sekumpulan kejadian alam batu kapur hitam bergerigi unik.



Oleh kerana batu-batu ini tajam, pelawat tidak dibenar berjalan dalam kawasannya, tetapi hanya melihat dari batas yang disediakan.



Batu-batu ini telah menjadikannya tempat paling popular buat pelancong yang berkunjung ke Grand Cayman.



Terdapat juga sebuah pejabat pos di mana pelancong dapat menghantar "poskad dari neraka".



Sebuah lagi tempat terkenal ialah Blow Holes. Tarikan yang kecil ini terletak di timur Frank Sound Road.



Secara geologi, ada beberapa lubang besar seperti gua di dasar laut, mengakibatkan pancutan air panas setinggi enam meter apabila dipukul ombak.



Kami kemudian ke hujung bahagian timur pulau untuk melihat tempat terjadinya peristiwa buruk yang berlaku pada pagi 8 Februari 1794 di mana 10 kapal layar hilang apabila berlanggar dengan terumbu karang.



Kapal-kapal tersebut berkonvoi dari Jamaica dengan destinasi ke Amerika Syarikat sebelum ke Britain.



Penduduk setempat sempat menyelamatkan kru dan penumpangnya, namun lapan daripada mereka terkorban.



Tempat ini diberi nama Wreck of the Ten Sails di mana sebuah tugu peringatan telah didirikan.



Kami tinggal di sebuah apartmen, The Retreat Rum Point, di bahagian utara pulau itu.



Suasananya tenang dan santai, pantai pasirnya luas dengan air yang kebiruan sesuai untuk kami menyelam.



Di situ juga terdapat pengendali sukan air, perkakas menyelam dan bot untuk disewa.



Terdapat juga dua kawasan ikan pari jinak. Kami dapat bermain dengannya sambil berenang.



Di Cayman Turtle Centre pula kami dapat melihat bagaimana penyu hijau dari spesis Cheloniidae dipelihara untuk dijual dagingnya agar yang liar tidak pupus.



Kami pulang ke Singapura dengan menaiki pesawat DeltaAir.



Perjalanan kami memakan masa hampir 40 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Owen Roberts, Grand Cayman ke Singapura termasuk perhentian di Atlanta, Amerika Syarikat dan di Narita, Jepun.



  • Penulis ialah seorang jurutera.


Kirimkan pengalaman melancong anda



ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi?



Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelola bhgah@sph.com.sg.



Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dengan 600 perkataan.



Gambar pula mesti dalam format.jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >