Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU FILEM: Makna filem berangka...

Kisah 'spy' wanita 'The 355' peringati nama kod ejen Revolusi Amerika

Mengapakah filem Hollywood dan Bollywood gemar menggunakan angka dalam judul karya yang dihasilkan? BERITA HARIAN mengulas dua filem yang menggunakan nombor dalam tajuk mereka sebagai satu perlambangan.
Jan 05, 2022 | 05:30 AM



SEBELUM ini, ejen risikan wanita dalam dunia filem Hollywood muncul satu persatu dengan aksi nekad dan penampilan mempesona mereka.



Annie/Bonnie dalam Terminal; Lorraine dalam Atomic Blonde; Evelyn dalam Salt; Agent 99 dalam Get Smart; Amanda Peel dalam The Avengers; Peggy Carter dalam Agent Carter dan Valerie dalam Fair Game - inilah antara watak ejen wanita yang diketengahkan ke mata dunia melalui filem Hollywood.



Justeru, apakah keistimewaan The 355, filem aksi 'spy' arahan Simon Kinberg dan hasil tulisan naskhah Theresa Rebeck dan Kinberg sendiri?



Apa yang membuat saya tertarik menonton filem ini adalah kerana ia mengisahkan tentang sekumpulan ejen penyamaran global daripada Agensi Risikan Pusat (CIA) dari Amerika, Khidmat Risikan Rahsia (M16) dari Britain, Khidmat Risikan Persekutuan (BND) dari Jerman dan Lembaga Pengarah Risikan Nasional (DNI) di Colombia.



Anda dapat melihat ketangkasan watak Mason "Mace" Brown dari Amerika (lakonan Jessica Chastain); Marie Schmidt dari Jerman (Diane Kruger); bekas ejen M16 dari Britain yang pakar dalam bidang teknologi, Khadijah (Lupita Nyong'o) dan pakar psikologi serta 'spy' Colombia, Graciela (Penelope Cruz).



Mereka berempat diberi misi menemukan semula senjata rahsia yang dirampas kumpulan askar upahan yang dianggap penyangak.



Matlamat mereka adalah untuk menghentikan daripada berlakunya Perang Dunia Ketiga.



Pelakon China, Fan Bingbing, pula adalah Lin Mi Sheng, ejen penuh misteri dari Kementerian Keselamatan Negara (MSS) China, yang menjejak langkah pasukan empat serangkai ini.



Angka '355' dalam judul filem itu pula diperolehi daripada nama kod seorang ejen wanita di zaman Revolusi Amerika antara 1765 hingga 1791.



Ejen 355 bertugas buat 'The Patriots', kelompok yang menentang penjajahan British sewaktu Revolusi Amerika. Beliau adalah antara ejen risikan pertama dunia meskipun tidak dapat dikenal pasti identiti sebenarnya.



Daripada barisan pelakon wanita yang handal menjayakan The 355 ini, terang-terangan ia merupakan satu filem pemerkasaan wanita yang amat dekat di hati saya.



Ia memberi takrifan baru tentang peranan ejen risikan wanita yang mampu berdiri sama tinggi bahkan secekap ejen risikan lelaki dalam menangani misi berbahaya.



Chastain, 44 tahun, dalam satu wawancara bersama laman The Empire, melahirkan rasa gembiranya kerana projek yang diusulkan bagi mengubah paparan ejen wanita dalam filem Hollywood ini berjaya.



"Saya rasakan industri filem kita tersilap mengetengahkan imej ejen wanita. Kebanyakan masanya, ejen wanita itu dipaparkan sebagai si manis jelita yang hanya menggunakan mulut manisnya untuk lolos daripada segala bahaya dan malapetaka.



"Itu bukan situasi yang sebenar. Ejen wanita tidak seharusnya dipergunakan dalam filem Hollywood kerana bentuk tubuh mereka. Sebaliknya, ejen wanita wajar dipaparkan kerana kebijaksanaan pemikiran mereka. Inilah yang menjadikan The 355 filem dengan konsep menarik," jelas Chastain.



Justeru, cukup-cukuplah bagi Hollywood meremehkan watak wanita dalam filem ejen risikan.



The 355 kaya dengan pesanan bahawa kerjasama tanpa mengira latar belakang dan warna kulit mampu mengatasi apa jua kesulitan sebagaimana yang ditampilkan kumpulan ejen wanita global ini.



Ia juga padat aksi dengan bermacam babak kejar mengejar, tembak menembak dan sepak terajang.



Dalam tempoh pandemik yang membataskan kekerapan anda mengembara ke luar Singapura, saujana mata memandang apabila mata anda berpeluang 'menjamah' pelbagai kota dunia penuh warna-warni seperti kafe di Paris, pasar di Maghribi dan rumah lelong di Shanghai.



Dengan dunia sibuk membincangkan tentang inklusiviti, The 355 merupakan filem 'spy' yang secara tidak langsung meminta umat dunia dan wanita bersatu hati dalam perjuangan mencari penakatan.



  • 'The 355' akan menemui penonton di Singapura mulai 13 Januari.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >